Saturday, December 31, 2011

keredhaan

Masa aku sekolah menengah dulu
aku teringat satu kisah ni.
masa tu kelaz Fizik.
dan separuh daripada kelas aku dah belajar apa yang teacher nak hari tu
sebabnya separuh daripada kitorang tu dah masuk kelas A waktu kelas tambahan
dan separuh termasuk dengan aku sekali
Aku menumpukan sepenuh perhatian sewaktu teacher mengajar.
TIBA-TIBA
teacher memanggil nama kawan aku

'Sharifah!!'(bukan nama sebenar)
"Ha! Tido!!"

semua mata menumpu ke arah si kawan
mak ai..kalau aku mesti malu!!
si kawan tunduk malu!

"nilah...! bila teacher dah ajar dah mula lah tido!
takde rase pon nak belajar balik ke ape ke!
teacher perasan dari tadi dah..!
ada yang tengok kat luar lah..main-mainlah!"

mood teacher tiba-tiba berubah.
Aku yang merupakan salah seorang dari separuh itu turut terasa
hati aku sakit sebab aku sangat focus dalam kelas
in order untuk kuatkan memori.
~kelas bersurai~

keesokannya..
waktu aku mula-mula masuk di dalam kelas
waktu tu pelajar lelaki masih belum berada di dalam kelas

":hari ni teacher tak nak mengajar separuh yang dah belajar tu..!
awak semua naik atas kelas dan buat latihan!"

sungguh syahdu..
aku terkejut
terkilan
bila teacher beri arhan begitu
tiba-tiba 
air mata ku menitis
kawan aku juga
teacher tetap dengan pendiriannya

kami naik ke kelas,,
aku masih menangis kerana aku terkilan
ini bukan kesalahan aku
tapi aku juga terkene tempiasnya.
maafkan saya teacher.
kami pun selaku budak perempuan 
telah menulis sepucuk surat ingin memohon kemaafan...
dalam hati kami sebagai budak spm..
keredhaan cikgu sangat penting
kalau tidak!!hancur semuanya~!


Thursday, December 29, 2011

Kenangan yang lalu

Aku sedang lepak-lepak atas katil...
sambil memandang siling bilik yang penuh dengan sarang labah-labah!
Aku teringat waktu aku kat sekolah dulu..
Dorm As-Syafaa' menjadi saksi merakam kenangan kami bersama
Aku sungguh sedih tatkala aku memikirkan kenangan itu..
Aku sudah tidak dapat lakukan rutin harian aku di sekolah bila aku duduk di rumah
kat rumah ngan sekolah mane samelah!
Aku teringat masing-masing sibuk stdy..tak kurang juga yang stado..
huh...kenangan...memang sedih bile kita ingtkan???
tapi semua tu dah tak dapat diulang kembali..
aku cuma dapat mengucapkan terima kasih buat semua kekawan...terutama budak dorm As-syafaa'
teringat ragam setiap orang.

Siti dengan Fahrin Ahmadnya..hahaha..sampai tampal gambar Fahrin Ahmad kat meja stdy..

wnm dengan lukisan nya dan sajak jiwang serta novelnya juga..dia bercita-cita untuk menerbitkan novel sendiri.Semua novel yang telah di ciptanya sangat menarik..Aku cuma berharap agar dia dapat menjadi penulis novel yang terkenal!

Humairaa': seorang yang kreatif ..semua hasil kerja dia pasti cantik dan menarik..!selalu dengar maslah aku!

Tengku: suka menyanyi dan dialah peneman aku dikala tidur..hehe..taiko bola jaring

Adang: pergh!!!bab melukis serah kat dye...lebih kurang cam wnm ngn humairaa'

Cah: ketua dorm yang paling berkaliber.hahah..tak tahn pedas bile makan mee sup...lau time lam kelas kene                                selalu tgk die sebab nnti tak sedar dia dah tertido..hahah...suka pakai jam loceng yang paling kuat walaupun hakikatnya memang dia tak dngr langsung..

al_sab: budak ni paling banyak tanya..dan aku rasa dialah paling unik sekali..suka bertanya soalan yang boleh membangkitkan kemarahan orang tapi dia sangat baik dan suke tolong orang.

Oh ha ni: seorang yang sangat unik juga..minat korea macam aku jugalah.baik hati.

Mop: bijak tapi nakal.. first2 dia baru masuk sekolah aku macam budak biasa tapi sebaliknya..sangat bijak!!

Dah: seorang yang cantik dan menarik..lau stdy sambil baring konpem tertido!!tak sampai 5 minit.

ai_nafi: seorang yang baik hati.dan suke tolong orang,

Syk: baik,alim,bijak n comel,,pendiam jugaklah..

ahmar: seorang yang snsitif dan perlu berhati-hati kalau nak bergurau..hehe

dan semua banat wali yang lain sangat2 baik dan aku sayang korang semua walau ape pun yang terjadi!!!~saranghae~

Sunday, December 25, 2011

sedih

Selamat pagi guys..

tadi aku terdetik nak bukak muka buku aku..

seperti biasa aku akan menekan home

dan melihat apa yang warga fb buat...

dan hari ini..

ternyata aku sangat terkejut melihat gambar

gambar dua insan yang aku sangat kenali

dan aku sangat2 kenal dengan lelaki itu..

hati ku sakit..

sakit bukan kerana aku dengki 

tidak sekali-kali

tapi aku sedih melihat mereka berdua..

tanpa segan silu bergambar

lelaki dan perempuan

aku tahu mereka merupakan hot couple,,,

tapi kenapa mereka tak mampu menjaga pergaulan??

aku hanya mampu berdoa semoga mereka diberi hidayah...

Saturday, December 24, 2011

post facebook

Ketika aku tengah melayan facebook.,

tetiba aku terdetik untuk menekan home di laman muka buku tersebut.

Aku teringin tengok komen-komen kawan aku di laman tersebut!

Aku pon meniliti satu-satu post dari friends!

Tetiba aku tertarik dengan satu wall post ini

dan aku sangat terperanjat sehingga mata aku membulat

Masya-Allah!itu sahaja yang dapat aku ungkapkan waktu itu

Tak sangka aku akan membaca post wall ini!

"Seronoknya hari ni!dapat ciuman daripada orang tu!ciuman kat bibir pulak tu!"

waktu tu aku tak tahu nak cakap apa.!

Terkilan pon ada!Marah pon ada!Benci pon ada!

Cuba korang fikir!

Pasangan ini pasti bukan pasangan SUAMI ISTERI!

Aku sangat sedih dengan dunia sekarang!

tersangat kecewa!

siapa yang perlu dipersalahkan?

masing-masing menuding jari ke arah orang lain!

Aku sudah tak tahu!

sepatutnya HUKUM HUDUD wajib dilakukan di negara kita!

tapi masing-masing mengikut nafsu masing-masing dan enggan melaksanakan hukum tersebut!

Korang jangan menyesal suatu hari nanti kalau korang terbaca dekat post facebook or tagged even twitter

"Seronoknya hari ni! Aku telah melakukan zina!"

Minta dijauhkan!

Tapi itulah hakikatnya!

Tiada siapa yang boleh jangka pada waktu itu!

Oleh itu marilah sama-sama menegakkan agama islam1

Allahuakbar!



Saturday, December 17, 2011

perihal sahabat

i'm flying to the sky right know...
while looking for the memories in imtiaz...
huh...there're a lot memories..

semasa kitorang tengah spm..
satu kejadian yang menyayat hati telah berlaku,
mase tu 2 hari sebelum exam kimia,
sangat sedih..
pada ketika itu..
aku berada di dorm lain sambil menikmati
kentucky fried chicken(kfc)
yang telah dibeli oleh mekda..
tiba-tiba datang satu utusan menyatakn bahawa 
ayah kepada kawan aku sakit
tapi waktu tuh kitorng berdebar sangat
takut ayah die meninggal sbb
ade petanda yang menunjukkan ayahnya telah kembali ke rahmatullah

kami hanya mampu berharap bahawa tu semua tekaan semata-mata
sedang aku rancak bercakap..
kedengaran tapak kaki yang berlari 
"woi,..ayah ye dah mati"
semua orng terkedu..
masing-masing membulatkan mate..
terkejut..
terkedu...
memikirkan bagaimanakah nasib si kwan ini
masing-masing mencapai telefon bimbit..
mula menelefon guru-guru..


semua ligat mencari dia..
dimanakah dia menghilang??
kami semua sepakat mencari dia ..
takut jika dia buat sesuatu yang tak diingini..
kami tahu sal kematian ayahnya tu pun daripada banin..
si kawan pon belum mengetahui kematian ayahnya..

sejam selepas itu..
si kawan menelefon..
menyatakan bahawa ayah nya telah meninggal dunia..
dia minta kami bacakan surah yasin..
malam tu..
seramai 42 orng banat berkumpul di dorm as-syafaa'..
tabung telah ku buat..
dan sesiapa bebas memberi sumbangan..

keesokan harinya aku n ainsyah menempah bas untuk ke rumah si kawan
si kawan sngat tabah..
dia masih mampu tertwa di hadapan kami 
walaupun terpaksa mengharungi  cabaran di saat spm sedang berjalan..
sampai sekrang aku sangat kagum dengan si kwan..
mampu tersenyum dan ketawa walaupun pahit..
di saat dia menangis...
kami pujuk...
sedaya upaya kami lakukan untuk dia..
aku kagum dengan dia..
walaupun telah kehilangan ayahanda yang tercinta
tapi dia masih tabah..
masih menyebut di hadapan kami
kenangannya bersama ayah 
tanpa mengalirkan air mata...

aku terfikir..
mampukah aku menjadi setabah si kawan???



Friday, December 16, 2011

kalau dan kalau...

i'm wondering right now..

mase kembali berputar pada tahun 2007

aku terfikir..

kalaulah aku tak terima masuk ke imtiaz

aku mungkin takkan dapat membaca Al-Quran satu juzuk sehari

kalau aku tak diterima masuk ke imtiaz..

aku mungkin takkan mampu memakaikan mahkota untuk ummi n ayah di akhirat kelak

kalau aku tak diterima masuk imtiaz..

aku mungkin takkan menutup aurat dan tak mungkin aku akan memakai jilbab sprti hari-hari aku di imtiaz

kalau aku tak diterima masuk ke imtiaz

aku mungkin takkan mampu menjaga ikhtilat antara laki-laki dan pompuan...

kalau aku tak diterima ke imtiaz

aku mungkin seorng yang kurang adab serta kurang agma

kalau aku tak diterima ke imtiaz..

aku mungkin akn saling bertukar-tukar psangn..

couple sana couple sini

berkepit sana-berkepit sini

sungguh..aku sangt bersyukur sbb aku diterima di bumi imtiaz

mungkin ALLAH mahu mnjga aku...

terima kasih ALLAH n WO I NI ALLAH!!

Wednesday, December 14, 2011

no sial

hari ni tetibe satu no sial miskol aku..

n then ye tye ak sape...

aku rase cam tak boleh blah lah coz bukan aku yang start dulu kan??

aku paling pntng lau tngok no yang tak dikenali lam hnset aku

ak ty lah dye, dye dapat kat mane no aku..

dye cakp dye main tekan2 je..

lepas tu siap pnggil aku syng

n ajak ak kuar

n ajak aku couple...

what the hell!!

sumpah aku tak nak laki macm tu...hintto!


malam last

erm...malam last..tak tahu nak buat ape...

masing- masing sibuk kemas bju...

tapi aku??

aku hanya termenung memandang siling dorm..

sayang...

esok aku dah tak leh nak tengok siling ni...

sedih sangat2..

semua orng tdo lewat malm ni,,

n ak..mungkin first time berjage sampai 4 pagi

sungguh syahdu untuk aku tinggalkan zaman sekolah ni

ak sudah bergelar bekas pelajar sekolah

not student anymore!!

first exam

aku memang tak leh nak lupe lah time first2 kitorng exam

cube korang bayangkan satu batch sakit perut mase tu sbb salah makan kot.

hahaha...tapi tu semua kire kenangan lah

20 minit terawal aku sudah tidak tahan.

kepale jadi blank siot..

takleh nak buat karang coz asyik pkirkan dye nak kuar..haha

aku pon ambik kputsan u kuar dari dewan peperiksaan coz sakit sngt

walaupun mengikut protokolnya takleh kuar 30 minit terawal

tapi aku rembat je...

sbb tak tak tahan sangat..

aku terus mencapai minyak dari meja blkang aku n terus menuju ke tnds..

bersyukur sngt2 coz semua keblankngan telah di keluarkan!!haha

~annyeong~

Tuesday, December 13, 2011

sayonara

semalam last night untk kitorng semua and last annual dinner utk waliyyunhamim.walaupun malm last tapi kau rase tulah malm paling seronok tapi aku selaku AJK bhagian hadiah tersangat sedih lah coz cikgu-cikgu ramai yang tak datang. mungkin diorng sibuk kowt.tak kisah lah.Ape yang paling sronk bagi aku ialah apbila melhat majlis berjalan dengan lancar.Tapi yang paling seronok bile time semua orng bangun and semua orng menyanyi lagu HEPY BESDAY untuk kitorng putera-puteri bongsu.Thanks to all of you.And part yang aku paling suke sekali ialah bile time budak laki pasang mercun ngan bunga api.Gler rase cam meriah gler jamuan last dengan bunyi bunga api yang memecah keheningan malam pada pukul 12.07am. ANYWAY thanks to all of you waliyyunhamim..i love u all...~saranghae~

Saturday, August 27, 2011

SUSU

Fuh....hari ni kitorng menjalani subjek kedua terakhir iaitu BAHASA ARAB TINGGI. Alhamdulilah..boleh lah jawab sebb ape yang aku study mase time sepatutnya aku tido kebanyaknnya masuk. tak menyesal aku korbankan  waktu tido aku. Hari ni lepas exam kitorang kene "sound" di budak laki. kitorng labelkan diorang form 6.Mungkin ade dah yang tak mengaku  diorang tu form 5.

that's not the point.Kali ni aku nak citer pasal susu plak. Mals lah nak bagitahu maksud tu apa n bla bla. The point's is kami f5 dorm as-syafaa' sound f3 kes susu. Lau korang dengar sal ni dan tak dengar cerita penuh mesti bengang dan kate "pe kes...gaduh pasal susu tak matured langsung" huhu.. ok.fine. tu pandangan korang. tapi tidak bagi kami penghui dorm as-syafaa'

ok berbalik kepada cerita. Seperti biasa aku mengambil susu yang berada di dalam plastik merah milik kak na koop untuk diletakkan ke dalam loker peribadi kami dan aku pulak tak terperasan bahawa bilangan susu yang berada di dalam plastik tersebut adalah LIMA. Aku nak caps lock kan sikt. Mahfuzah berkata, "Wei tadi aku nampak ada TIGA lagi susu lam plastik tu".Masing-masing kaget dengan kata-kata Fuzah. "tadi aku nampak ade orang ambik satu kotak tu" lepas tu kitorang pon ambilah yang satu lagi dan tinggal satu lagi

"aku rase r selame ni kak na bagi LIMA kotak sehari la" Kataku. "wei dop baik gitu.husnuzzonlah sikit. mane tahu kak na baru bagi ari ni LIMA" Tengku menyedapkan hati masing-masing. "ye r kot" masing-masing menyedapkan hati masing-masing. Mahfuzah dan Dah yang masih belum berpuas hati terus mencari plastik2 yang kami terima tiap hari. Dah mencari di dalam loker peribadi kitorang dan Fuzah mencari kat tangga belakang. Hasilnya sungguh memuaskan. Dah membaling plastik-plastik tersebut ke lantai pabila melihat di plastik tu LIMA. "Malm ni wat perjumpaan!!!!" kata dah. Fuzah turut membaling plastik Tersebut dengn geramnya. Tiba-tiba Dah brkata "Fuzah, aku rase baik mg gi basuh tangan mg. Aku bau air kencing kucing" Dengan sepantas kilatnya diorang berlari menuju ke tandas. Aku juga turut terkena bahana air kencing kucing. Dengan kerelaan di hati., Aku mengumpul plastik-plastik tersebut dan membuang ke dalam tong sampah

Usai solat Zohor. Mahfuzah mencapai kalendarnya dan mengira bilangan hutang-hutang susu yang masih belum dilunaskan. Cuba korang bayangkan, kitorng f5 dorm As-syafaa' seramai 14 orang berkongsi 2 kotak susu. F3 plak seramai 9 orang berkongsi 3 kotak susu. Aku juga telah membuat tinjauan dan f5 dari dorm lain jugak mengatakan bahawa diorang menerima LIMA kotak susu sehari dan diorang dapat TIGA kotak sehari. Hati sudah membara. Hati semua f5 dorm aku semua membara. Geramnya hanya tuhan yang tahu. Byangkan kami telah diperbodohkan oleh 9 orang f3 hampir sebulan. Kami ingatkan selama ni kami dapat EMPAT kotak sehari dan sebab itu kitorang dapat DUA kotak sahaja setiap hari.

Cah selaku ketua dorm mengumpul semua ahli dorm As-syafaa'. Perjumpaan telah diadakan. Mahfuzah memulakan kata-katanya. Semua kata-kata nye sangat Danger. Bagi aku nilah first time aku tengok die marah kat adik2 f3. Aku pon turut join sekali. Ni pon first time aku marah diorang kat dalam Halaqah.Biasanya orang lain yang tukang marah dan aku hanya duduk diam membisu. Tapi kali ni aku dah tak boleh bersabar dengan diorang. Mak oii...abis kurang pahala puase masing-masing.

Fuzah, dalam marah-marah sempat lagi melawak. "Bakpe diam??????? Minum susu banyak sangat sampai jadi BIsu?????Bakpe ambik TIGA kotak  susu??Senyap pulok doh.!!!! Gane ni gini!! f3 minum gane susu??3 orang satu kotak??/f5 minum 7 orng satu kotak!!takkan tu pon dop reti nop mikir!!besor lake doh kang.ni tangan mintak pipi ni"Aku mula memegang tangan Fuzah yang terketar-ketar.

'Awak ni, kitorang nak susu tu sampai kumpul setiap hari. Awak senang lenang je wak gini. Kitorang terkilan tau x. Sampai hati adik-adik wat ke kitorang gini." Ainsyah mula menyambung. "Math dapat A doh. Takkan tak reti ngire agi kot??"Fuzah masing menyambung sisa-sisanya. 'sape nak bertanggungjawab ke atas susu-susu ni??" kate cah. Tetiba salah seorang f3 bangun dan mengeluarkan susu dari lokernya. "kitorang perlukan lapan lagi."kata Fuzah. Dipendekkkan cerita kitorng dapat 7 Kotak susu . Semua berperisa..GILA!! Kitorng bergaduh sebab nak daptkan susu berperisa tapi diorang senang je wat cam tu...

Amcam?/munasabah tak kitorang mengamok sbb susu. Sekarang baru kitorang tahu bahawa kitorng diperbodohkan dari awal tahun.Mati-mati aku ingat  Empat kotak sahaja.!! DAMN!

Thursday, July 21, 2011

Rotan

erm...setiap orang pasti ada kenangan masing-masing kan. Tak kira indah ataupun tak,ia tetap sebuah kenangan. Kadang-kadang kita akan tertawa tatkala mengimbau kenangan yang lalu. Time tu baru kita sedar "nakal jugak aku dulu ek". Dan kadang-kadang ada jugak yang akan menangis merindu kenangan yang lalu yang takkan mungkin berulang lagi. ok..mungkin kita boleh ulang kembali perihal tu..tapi 'feel " dye rase lain. Am i right? Jadi sementara anda berada di zaman remaja dan alam persekolahan, nikmatilah dengan betul-betul. Anda akan menangis suatu hari nanti teringatkan gelagat kawan-kawan yang agak nakal mengusik anda. Waktu itu anda hanya akan tersenyum mengingat kenangan itu.

Ok that's for introduction. aku pon ade kenangan tersendiri tak kira sekolah rendah ataupun sekolah menengah. Tapi yang pasti kenangan aku lagi banyak di 'high school' sebab aku sangat bertuah mempunyai kawan-kawan seperti BATCH WALIYYUNHAMIM. Diorang memang baik dan takkan ade yang lain dapat mengganti diorang.Cukup untuk sekolah menengah. Apa yang aku nak kongsi di sini ialah kenangan di sekolah rendah.

Sekolah berjalan seperti biasa pada hari ini. Dan seperti sebelum ini, para pelajar diwajibkan solat zohor terlebih dahulu sebelum pulang ke sekolah. Aku berjalan bersama-sama dengan temanku untuk ke surau. Dalam perjalanan, tiba-tiba kami terdengar bacaan doa. it's normal!!. Dan sambil menadah tangan kami bergurau senda dan bergelak ketawa di atas dataran perhimpunan. Selesai bacaan doa....

"kamu dua orang masuk ke bilik saya"

kami berpaling ke arah itu. siapakan gerangan suara itu. Rupa-rupanya Guru Besar memanggil kami sambil menuding jari ke arah kami. Muka kami pucat. Apa yang telah kami lakukan sebenarnya? Kami pun menyusul ke bilik Guru Besar. Pintu diketuk sambil salam dilontarkan.

"masuk....!!!!!"

Jantungku hebat bergetar! Aku ketakutan. Apakah bakal yang dilakukan oleh Guru Besar?

"kamu tahu sebab apa cikgu panggil kamu"

kami mengeleng pantas sambil lantai bili dipandang.

"Hari ini cikgu nak rotan kamu berdua!! Kamu tahu tak perbuatan kamu sangat biadap. Ada ke patut bergelak ketawa semasa bacaan doa? Mak kamu tak ajar ke?"

Baruku sedari kesalahan yang telah aku lakukan. Mukaku semakin pucat. Rotan diambil dari tempatnya.

"PIAAPPP"

Bunyi tersebut melantun di dalam bilik cikgu. Sakitnya bukan kepalang. Sku hanya mampu tunduk menahan kesakitan. Kemudian kami pon keluar dari bilik cikgu. Tiada bibit-bibit air mata yang keluar dari mataku mahupun Syidah. Kami berlagak seperti  tiada apa-apa yang berlaku. Dalam hati aku, aku bersyukur kerana pada waktu itu aku memakai pakaian seragam unifrom kokurikulum. Kalau tidak, aku pasti dipecat daripada menjadi prefect... nasiblah badan

Thursday, June 23, 2011

surat dari anak mak yang dah tak degil

Mak...
Terlalu bosan rasanya duduk membilang hari...
Dah hampir sepuluh bulan mak pergi
Rasanya baru semalam mak peluk kiter kan sejuk syahdu masih terasa lagi nih...
Mak tau tak...
itu lah pertama kali mak peluk anak mak yang nakal ni sejak kiter dewasa...
dan itu juga terakhir kalinya
Emmmm...rupanya mak dah tau mak nak pergi jauh...
nak tinggal kan anak-anak mak... nak tinggal kan dunia fana ni...
Mak macam dah sedia...
Seminggu sebelum tu...
Mak dah menganyam tikar mengkuang 3 helai...
Akak kata sampai ke pagi mak anyam tikar tuu...
Tanpa rasa mengantuk, tanpa rasa letih...
Kakak pun rasa hairan...
Mak tak penah buat gitu...
Pastu mak pasang radio kecil di sebelah mak...
Tapi mak seolah-olah tak sedar bahawa rancangan radio tu siaran siam ...
Kengkadang siaran indonesia ...
Mak terus tekun menganyam...
Rupanya tikar yang telah mak siapkan tu di gunakan untuk mengiringi mak ke kuburan...
Pastu mak sapu sampah sekeliling rumah bersih-bersih...
Pastu mak jemur karpet-karpet. ..
Pastu mak ubahkan sofa ke tempat lain..
Mak biarkan ruang tu kosong..
Rupanya kat situ jenazah mak diletakkan...
Paling menarik sekali mak bagitau kat maner sume duit dan barang kemas mak..
Ada kat dalam almari...
Ada kat dalam dalam beg...
Ada dalam ASB...
Ada kat dalam Tabung Haji..
Mak cakap tak berapa cukup lagi...
Ada kat dalam gulung tikar...
Masa tu mak perasan takk..??
Kiter gelak sakan bila mak bagitau duit dalam gulung tikar...
Kiter kata mak ni memang pesenn lama laaa...
Mak cuma gelak jer...
Eeemmm..bahagiaa nya saat ituu...
Mak... Hari tu hari sabtu 18 Ogos 1999 pukul 3 petang mak tiba-tiba sakit perut...
Bila malam tu kiter sampai dari KL...
Mak dah dalam kesakitan.
Akak dan abang kat kampong semua dah pujuk...
Mak tetap takmau pi hospital...
Dan cuma tinggal giliran kiter sahaja yang belum pujuk..
Mak kata mak takmau duduk dalam hospital...
Tapi kiter berkeras juga pujuk..
Nanti di hospital ada doktor...
Ada ubat untuk mak..
Kat rumah kami hanya mampu sapu minyak dan urut jer...
Mak tetap tak bersetuju...
Mak memang degil..
Tak salah, anak mak yang ni pon mengikut perangai mak tu..
Tapi akhirnya bila melihat keadaan mak makin teruk...
Mak sakit perut sampai nak sentuh perut mak pon sakit
Kami adik beradik sepakat hantar juga mak ke hospital...
Mak...
Ampunkan kami semua...
Kami nak mak sehat...
Kami sayang mak...
Kami tak mau mak sakit...
Kami terpaksa juga hantar mak ke hospital...
Ampunkan kami yer mak...
Mak... Malam itu abang bawa mak ke hospital
Dan itu lah pertama dan terakhir kali mak naik kereta kiter...
Masih terbayang betapa ceria dan gembiranya mak
Kiter kata nak beli kereta...
Mak asyik tanya ajer..
Cukup ker duit..
Kiter jawab pula...
Kalau tak cukup, mak kan banyak duit...
Mak gelak ajerr...
Lepas tu bila kereta kiter sampai...
Mak buat kenduri kesyukuran...
Dan kiter masih ingat lagi...
Bila kiter eksiden terlanggar Ah-Chong naik motor...
Punya la kiter takut...
Kiter warning kakak kiter jangan sesekali bgtau kat mak...
Bila balik sahaja kampong...
Kiter cepat-cepat simpan keta dalam garaj...
Tapi mak perasan juga bumper depan kemek...
Mak tanya kenapa...?
Selamba jerr kiter jawab terlangar pokok bunga...
Mak...
Tujuan kiter menipu tu supaya mak tak risau...
Maafkan kiter kerana sampai mak pergi mak tak tau hal sebenar...
Mak, kiter menipu mak kan ...
Ampon kan kiter...
Mak...
Jam 4.30 pa gi 19 Ogos 2006
Bila tiba aja kat hospital...
Nurse tengah balut mak dengan kain putih...
Mak mesti nampak kiter jatuh terduduk di lantai hospital...
Mesti mak nampak abang cium dahi mak...
Mesti mak nampak akak baca doa untuk mak...
Mesti mak nampak adik terduduk kat kerusi kat sudut itu...
Mesti mak nampak semua tu kann... kann... kannn...
Mak tau tak...
Pagi tu balik dari hospital jam 5.20 pagi kiter mamandu dalam keadaan separuh sedar...
Adik kat sebelah diam melayan perasann...
Kenangan bersama mak berputar dalam kepala ini...
Jalan di depan terasa makin kelam...
Airmata dah tak mampu di tahan...
Masa tu seandainya apa-apa terjadi di jalan itu kiter rela...
Namun alhamdulillah akhirnya kiter sampai juga...
Di sebab kan pagi masih awal, jadi jalan tu lenggang..
Kosong...sekosong hati ini...
Sepanjang perjalanan terasa kedinginan subuh itu lain benar suasananya...
Terasa syahdu dan sayu...dinginnnn...
Mak...
Kiter masih ingat lagi...
Kiter baca AlQuran kat tepi mak temankan mak...
Jam 11.00 pagi mak di mandi kan ...
Anak2 mak yang pangku masa mak mandi...
Mak mesti rasa betapa lembut nya kami mengosok seluruh tubuh mak...
Kiter gosok kaki mak perlahan lahan...
Mak perasan tak...?
Makcik yang mandikan mak tu pujuk kiter...
Dia kata... "dikk...jangan nangis... kalau sayang mak jangan buat gitu... jangan nangis ya.."
Bila makcik tu kata gitu...
Lagi laaaa... laju airmata ni..
Tapi kiter kawal supaya tak menitik atas mak...
Mak...
Sampai takat ini surat ni kiter tulis...
kiter nangis ni...
Ni kat dlm bilik...baru pukul 4.00 pagi...
Takder orang yang bangun lagi...
Kiter dengar nasyid tajuk "anak soleh" kiter sedih...
Kiter rindu kat mak..!
Takpa la...
Nanti bila kita selesai sembanyang subuh,
Kiter baca yassin untuk mak...
Mak tunggu ya..!
Mak..
Sebelum muka mak di tutup buat selamanya...
Semua anak-anak mak mengelilingi mak...
Menatap wajah mak buat kali terakhir...
Semua orang kata mak seolah-olah senyum aja...
Mak rasa tak...
Masa tu kiter sentuh dahi mak...
Kiter rasa sejukkkk sangat dahi makk...
Kiter tak mampu nak cium mak...
Kiter tak daya...
Kiter tuliskan kalimah tauhid kat dahi mak dengan air mawar...
Airmata kiter tak boleh tahan...
Mak mesti ingat kan yang anak mak ni jadi imam solat jenazah untuk mak...
Tapi kite suruh tok imam bacakan doa sebab kite sebak...
Jam 12 tengahari mak diusung keluar dari rumah...
Akak pula dah terkulai dlm pelukan makcik...
Badan akak terasa panas...
Makk...
Anak mak yang seorang tu demam...
Mak tauu...
Cuma akak sorang saja anak mak yang tak mengiringi mak ke tanah perkuburan.. .
Mak... Hari-hari ku lalui tanpa kewujudan mak lagi...
Begitu terasa kehilangan mak...
Boleh kata setiap malam selepas maghrib anak mak ini berendam airmata...
Dan sampai satu tahap...
Masa tu malam jumaat selepas maghrib...
Selepas kiter baca yassin ngan kawan-kawan...
Entah kenapa biler kat bilik kiter keluarkan gambar-gambar mak pastu apa lagi...
Semakin kiter tenung terasa semakin sayu...
Tangisan tak dapat dibendung...
Mak tauu...
Kiter cuba bertahan...
Memujuk diri sendiri tapi tak juga reda...
Kiter rasa nak telefon mak...
Nak cakap dengan mak...
Anak mak yang ni dah tak betul kan ...????
Dan akhirnya dalam sedu sedan itu kiter telefon kampong...
Kiter cakap dengan kakak..kiter nangis lagi...
Puas la kakak memujuk kiter...
Akak kata... "tak baik laa nangis aje.. doa lah untuk mak.."
Dan akhirnya akak juga nangis...
Mak tau tak..
Di saat itu kerinduan terasa menusuk sehingga ke hulu hati...
Rasa nyilu sangat...
Menusuk-nusuk sehingga terasa begitu sakit dalam dada ni...
Sampai sekarang bila kerinduan itu menjelma...
Hanya sedekah al-fatihah kiter berikan...
Mak...
Cukup la sampai sini dulu...
Kawan kiter dah ketuk pintu bilik tu...
Kejap lagi kami nak pergi solat subuh kat masjid...
Selalunya, kiter yang bawak mak naik motor kan ...
Kali ni kiter jalan kaki dengan kawan pulak...
Esok kiter ingat nak tulis surat kat ayah pula...
Mula-mula kiter tak tau nak hantar mana surat nih...
Pastu kawan kiter bgtau...
Simpan je buat kenangan..
Kiter cuma tau alamat ni aje...
Takper yer mak...k
Kiter kasi orang lain baca...
Kiter stop dulu...
sebab kawan kiter dah lama tunggu tu...
akhir kata untuk mak
I LOVE YOU SO MUCH
Dan jutaan terima kasih kerana membesarkan kiter...
Memberi seluruh kasih sayang dari kecil sampai masuk sekolah..
Sampai masuk universiti..
Sampai kiter boleh rase naik kapal terbang...
Boleh rasa duduk kat negara orang... sampai akhir hayat ini jasa mak tak akan mampu kiter balas..
Sekian terima kasih,
Yang Benar Anak mak yang dah tak degil

zaman persekolahan

Hanya zaman persekolan sahaja yang mengajar kita erti sahabat dan remaja...
dan bila zaman itu berlalu nescaya ia tidak akan kembali lagi...
masa ini jua kita membawa haluan masing-masing...
mungkin sukar untuk kita semua bersatu kembali...
dalam satu tempat sekecil bilik darjah...
belajar,bergurau,kenakan guru,kekantin,ke tandas bersama.....
terbukti zaman pelajar adalah zamanremaja yang sukar untuk dilupakan...
mungkin satu hari nanti...
kita akan menangis kerana rindukan zaman pelajar yang sangat indah...
oleh itu....hargailah selagi masa masih ada.....
dan nikmatilah zaman pelajar seadanya
kerana kita tidak mungkin melalui zaman tersebut dua kali.....

10 petanda dia jodoh kita

Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)
Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?
Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita :
1. Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.
2. Senang Bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.
3. Terima Kita Seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.
4. Sentiasa Jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.
5. Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.
6. Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?
7. Memahami Diri Kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.
8. Tampilkan Kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.
9. Kata Hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.
10. Solat Istikharah dan Tawakkal
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.

to all waliyyunhamim


Hanya korang sahaja yang terbaik yang pernah ak jumpa selamani..thanks for being my frenz...

kawan yang pelik

Belajar lam kelas hari ni sungguh menakjubkan kerana kami diuliti oleh kumpulan nasyid yang akan bertanding nanti.Nak kata sedap taklah jugak.tapi cukuplah sekadar nak mengalahkan penyanyi-penyanyi jalanan.Ok.itu realitinya.Sepatutnya aku mengucapkan terima kasih kepada mereka kerana aku tidak mengantuk tatakala mendengar lagu dendangan diorang.Tanpa disedari,Aku juga turut menyanyi-nyani kecil.Mana taknya,subjek matematik time tu.Konpem aku mengantuk.

Kawan disebelah aku sudah lama syahid.Tugas ku yang utama ialah memicit-micit dirinya bagi menghilangkan mengantuk.Hati cikgu kena jaga jugak.Nanti cikgu terasa hati baru tau.Jadi kene coverlah lau nak tidor tu.bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.



"Die,jom pergi toilet."

Kam disebelah aku iaitu Cah mula mengajak ke tandas bagi menghilangkan mengantuk. Aku mengangkat tangan dan meminta keizinan daripada cikgu.

Pintu belakang menjadi sasaran utama kami bagi memboloskan diri dari kelas yang bnyak setan itu.Kami terpaksa melalui sebuah kelas sebelum sampai ke anak tangga yang menuju ke tandas.Nasyid masih lagi kedengaran.Sampai sahaja di tangga...

"Die,jom tengok nasyid!"kata Cah.

Aku terkejut.Biar betul minah ni.Nak kene tangkap ke.Dahlah ni waktu pembelajaran.Takut jugak aku kalau ditangkap oleh cikgu.Aku hanya menuruti kata-katanya.Pada mulanya aku menolak,tapi setelah dipaksa, aku ikut jua.

Kami menuruni anak tangga dan berjalan menuju ke dewan terbuka dimana latihan nasyid diadakan.Dalam perjalana,tetiba latihan itu telah diberhentikan.Kami melewati dewan terbuka dan kelihatan para nasyid sedang beristirehat.

"Ala.....diorang dah berhenti dah.Orang nak tengok diorang menyanyi"

Aku hanya mampu tersengih.Tiba-tiba kami disergah oleh Sir Khalil yang merupakan jurulatih nasyid itu.

"Ha...nak pergi ke mana ni"?

"Nak naik ke kelas lah sir"kami jawab serentak.Mujur tak terkantoi.

Kami pun berjalan menuju ke kelas dengan gelak ketawa.Dalam hatiku berkata,kawan ak ni sungguh pelik


Pernah satu hari tu,mase tu time BM.Cikgu Azian yang mengajar.Sekali lagi dia ajak aku ke tandas bagi menghantar setan-setan di dalam kelas ke sana.On da way,....

"Die...jom pergi cafe"

Minah ni memang giler betul.Mane boleh time belajar pergi ke cafe.Aku ikut jelah.Tompang sekaki.Di cafe kami beli gula-gula untuk hilangkan mengantok.Huhu...

itulah perngai kawan aku yang aneh dan tak pernah dibuat orng sebelum ni.....

menakjubkan

Hari ini waktu sungguh cerah dan semua aktiviti berjalan seperti biasa di sekolah.Program Anugerah Kecemerlangan Pelajar cukup memenatkan pelajar Tingkatan 5 yang menguruskan program tersebut.

Usai sudah program itu,semua pelajar pulang ke asrama kerana keletihan kerana program ini diadakan secara besaran.Letih.kami sungguh letih termasuk aku.Lantaran keletihan yang 'membuak-buak' tiba-tiba satu kejadian yang tidak dingini telah berlaku seperti yang pernah berlaku sebelum ini.Sungguh menakjubkan.Jin telah kembali menyerang Angsana.Aku ketakutan.Apa yang menakutkan aku kali ini ialah seorang pelajar lelaki turut terkena jangkitan Histeria itu.Masya-Allah.Kedua-duanya sangat menakutkan.Kami semua diminta berkumpul di dalam surau.Pelajar-pelajar yang tidak mempunyai semangat yang kuat tidak dibenarkan masuk ke dalam surau.Aku hanya mengikuti para pelajar ke surau.

Tiba-tiba aku terasa badan aku terasa sungguh aneh.badan menjadi sungguh berat dan apa yang pasti ak terasa nak menangis dan berteriak.Baru ku sedari, ak juga telah menjadi golongan Angsana dan juga Fatih.

Suaraku menjadi garau entah kenapa.Semua pelajar tingkatan 5 cuba menenangkan kami.Laungan azan dan juga ayat-ayat suci Al-Quran sedikit sebanyak telah membantu kami.kami berada dalam kesakitan tatkala mereka membaca ayat Al-Quran di telinga kami.

Keadaan aku semakin pulih.Aku bersyukur.Aku melihat ke arah Fatih.Dia juga melihat ke arah aku.Sebenarnya jin dia telah berpindah kepada ak sebentar tadi.Tiba-tiba aku bangkit dari tempat dudukku dan berjalan menuju ke arah Fatih.Semua orang terkesima dan tiada sesiapa yang dapat menghalang aku kerana mereka semua berada di dalam ketakutan.

Ak duduk di hadapan Fatih.Mata kami bertentangan.Aku memulakan perbualan aku dengan 'DIA'

"Kamu siapa?"

"Namaku Ratna"

Aku terdiam.Memikirkan kata-kata seterusnya.

"Kamu mahu keluar atau tidak dari badan dia?"

Dia menggelenglan kepala.Tiba-tiba sahaja aku memegang bahunya.Semua hadirin terkejut bukan kepalang. Mana mungkin aku seorang penghafal Al-Quran memegang seorang lelaki yang bukan menjadi mahramku.

Aku mula membaca Ayat Qursi.Suara aku menjadi garau.Sah itu bukan aku.Masing-masing diam tanpa melakukan apa-apa dan hanya memerhatikan tindakan aku.Fatih mula memukul aku.Sakitnya bukan kepalang.Hanya tuhan sahaja yang tahu.Saat aku membace ayat Qursi di bahu kanannya,tiba-tiba kuku tangan kanannya memanjang.Panjangnya lebih panjang daripada kuku artis-artis kita.Kuku tersebut sungguh kuning,.Mungkin,itu petanda bahawa jin itu mahu keluar.Sekali lagi ak dipukul dengan kuat.Aku turut berteriak.

Aku berasa bahuku disentuh oleh seseorang.

"Dewi...bangun..dah pukul 5.30"

Aku membuka mataku dan kelihatan Angsana di tepi aku.Aku bangkit dari tidurku.Rupa-rupanya semua bende yang terjadi adalah sebuah mimpi.Tapi satu yang pasti.badan aku terasa sakit dan ak kehilangan suara.Mungkinkan semua itu terjadi disebabkan aku berterian dan dipukul oleh Fatih??Semua itu menjadi persoalan sehingga hari ini.

Thursday, April 28, 2011

Abu Ubaidah bin al-Jarrah radhiallahu a’nh

Orang Kepercayaan Umat Ini
Beliau termasuk orang yang pertama masuk Islam. Kualitasnya dapat kita ketahui melalui sabda Nabi SAW: “Sesungguhnya setiap umat mempunyai orang kepercayaan, dan kepercayaan umat ini adalah Abu Ubaidah bin al-Jarrah.”
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra lahir di Mekah, di sebuah rumah keluarga suku Quraisy terhormat. Nama lengkapnya adalah Amir bin Abdullah bin Jarrah yang dijuluki dengan nama Abu Ubaidah. Abu Ubaidah adalah seorang yang berperawakan tinggi, kurus, berwibawa, bermuka ceria, rendah diri dan sangat pemalu. Beliau termasuk orang yang berani ketika dalam kesulitan, beliau disenangi oleh semua orang yang melihatnya, siapa yang mengikutinya akan merasa tenang.
Abu Ubaidah termasuk orang yang masuk Islam dari sejak awal, beliau memeluk Islam selang sehari setelah Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra memeluk Islam. Beliau masuk Islam bersama Abdurrahman bin �Auf, Uthman bin Mazun dan Arqam bin Abu al-Arqam, di tangan Abu Bakar as-Shiddiq. Saidina Abu Bakarlah yang membawakan mereka menemui Rasulullah SAW untuk menyatakan syahadat di hadapan Baginda.
Kehidupan beliau tidak jauh berbeza dengan kebanyakan sahabat lainnya, diisi dengan pengorbanan dan perjuangan menegakkan Deen Islam. Hal itu tampak ketika beliau harus hijrah ke Ethiopia pada gelombang kedua demi menyelamatkan aqidahnya. Namun kemudian beliau balik kembali untuk menyertai perjuangan Rasulullah SAW.
Abu Ubaidah sempat mengikuti semua peperangan bersama Rasulullah SAW. Beliaulah yang membunuh ayahnya yang berada di pasukan musyrikin dalam perang Uhud, sehingga ayat Al-Quran turun mengenai beliau seperti yang tertera dalam surah Al Mujadilah ayat 22, artinya:
�Engkau tidak menemukan kaum yang beriman kepada Allah dan hari kiamat yang mengasihi orang-orang yang menentang Allah SWT dan Rasulullah, walaupun orang tersebut ayah kandung, anak, saudara atau keluarganya sendiri. Allah telah mematri keimanan di dalam hati mereka dan mereka dibekali pula dengan semangat. Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga yang di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka akan kekal di dalamnya. Akan menyenangi mereka, di pihak lain mereka pun senang dengan Allah. Mereka itulah perajurit Allah, ketahuilah bahwa perajurit Allah pasti akan berjaya.�
Masih dalam perang Uhud, ketika pasukan muslimin kucar kacir dan banyak yang lari meninggalkan pertempuran, justeru Abu Ubaidah berlari untuk mendapati Nabinya tanpa takut sedikit pun terhadap banyaknya lawan dan rintangan. Demi didapati pipi Nabi terluka, iaitu terhujamnya dua rantai besi penutup kepala beliau, segera ia berusaha untuk mencabut rantai tersebut dari pipi Nabi SAW.
Abu Ubaidah mulai mencabut rantai tersebut dengan gigitan giginya. Rantai itu pun akhirnya terlepas dari pipi Rasulullah SAW. Namun bersamaan dengan itu pula gigi seri Abu Ubaidah ikut terlepas dari tempatnya. Abu Ubaidah tidak jera. Diulanginya sekali lagi untuk mengigit rantai besi satunya yang masih menancap dipipi Rasulullah SAW hingga terlepas. Dan kali ini pun harus juga diikuti dengan lepasnya gigi Abu Ubaidah sehingga dua gigi seri sahabat ini ompong karenanya. Sungguh, satu keberanian dan pengorbanan yang tak terperikan.
Rasulullah SAW memberinya gelaran “Gagah dan Jujur”. Suatu ketika datang sebuah delegasi dari kaum Kristen menemui Rasulullah SAW. Mereka mengatakan, “Ya Abul Qassim! Kirimkanlah bersama kami seorang sahabatmu yang engkau percayai untuk menyelesaikan perkara kebendaan yang sedang kami pertengkarkan, karena kaum muslimin di pandangan kami adalah orang yang disenangi.” Rasulullah SAW bersabda kepada mereka, “Datanglah ke sini nanti sore, saya akan kirimkan bersama kamu seorang yang gagah dan jujur.”
Dalam kaitan ini, Saidina Umar bin Al-Khattab ra mengatakan, “Saya berangkat mahu shalat Zuhur agak cepat, sama sekali bukan karena ingin ditunjuk sebagai delegasi, tetapi karena memang saya senang pergi shalat cepat-cepat. Setelah Rasulullah selesai mengimami salat Zuhur bersama kami, beliau melihat ke kiri dan ke kanan. Saya sengaja meninggikan kepala saya agar beliau melihat saya, namun beliau masih terus membalik-balik pandangannya kepada kami. Akhirnya beliau melihat Abu Ubaidah bin Jarrah, lalu beliau memanggilnya sambil bersabda, ‘Pergilah bersama mereka, selesaikanlah kasus yang menjadi perselisihan di antara mereka dengan adil.’ Lalu Abu Ubaidah pun berangkat bersama mereka.”
Sepeninggalan Rasulullah SAW, Umar bin Al-Khattab ra mengatakan kepada Abu Ubaidah bin al-Jarrah di hari Saqifah, “Hulurkan tanganmu! Agar saya baiat kamu, karena saya mendengar Rasulullah SAW bersabda, ‘Sungguh dalam setiap kaum terdapat orang yang jujur. Orang yang jujur di kalangan umatku adalah Abu Ubaidah.’ Lalu Abu Ubaidah menjawab, �Saya tidak mungkin berani mendahului orang yang dipercayai oleh Rasulullah SAW menjadi imam kita di waktu shalat (Saidina Abu Bakar as-Shiddiq ra), oleh sebab itu kita sayugia membuatnya jadi imam sepeninggalan Rasulullah SAW.�
Sisi lain dari kehebatan sahabat yang satu ini adalah kezuhudannya. Ketika kekuasaan Islam telah meluas dan kekhalifahan dipimpin oleh Saidina Umar ra, Abu Ubaidah menjadi pemimpin di daerah Syria. Saat Umar mengadakan kunjungan dan singgah di rumahnya, tak terlihat sesuatu pun oleh Umar ra kecuali pedang, perisai dan pelana tunggangannya. Umar pun lantas berujar, “Wahai sahabatku, mengapa engkau tidak mengambil sesuatu sebagaimana orang lain mengambilnya?”
Beliau menjawab, “Wahai Amirul Mukminin, ini saja sudah cukup menyenangkan.”
Abu Ubaidah bin al-Jarrah ra ikut serta dalam semua peperangan Islam, bahkan selalu mempunyai andil besar dalam setiap peperangan tersebut. Beliau berangkat membawa pasukan menuju negeri Syam, dengan izin Allah beliau berhasil menaklukan semua negeri tersebut.
Ketika wabak penyakit Taun bermaharajalela di negari Syam, Khalifah Umar bin Al-Khattab ra mengirim surat untuk memanggil kembali Abu Ubaidah. Namun Abu Ubaidah menyatakan keberatannya sesuai dengan isi surat yang dikirimkannya kepada khalifah yang berbunyi,
“Hai Amirul Mukminin! Sebenarnya saya tahu, kalau kamu memerlukan saya, akan tetapi seperti kamu ketahui saya sedang berada di tengah-tengah tentera Muslimin. Saya tidak ingin menyelamatkan diri sendiri dari musibah yang menimpa mereka dan saya tidak ingin berpisah dari mereka sampai Allah sendiri menetapkan keputusannya terhadap saya dan mereka. Oleh sebab itu, sesampainya surat saya ini, tolonglah saya dibebaskan dari rencana baginda dan izinkanlah saya tinggal di sini.”
Setelah Umar ra membaca surat itu, beliau menangis, sehingga para hadirin bertanya, “Apakah Abu Ubaidah sudah meninggal?” Umar menjawabnya, “Belum, akan tetapi kematiannya sudah di ambang pintu.”
Sepeninggalan Abu Ubaidah ra, Saidina Muaz bin Jabal ra berpidato di hadapan kaum Muslimin yang berbunyi, “Hai sekalian kaum Muslimin! Kalian sudah dikejutkan dengan berita kematian seorang pahlawan, yang demi Allah saya tidak menemukan ada orang yang lebih baik hatinya, lebih jauh pandangannya, lebih suka terhadap hari kemudian dan sangat senang memberi nasihat kepada semua orang dari beliau. Oleh sebab itu kasihanilah beliau, semoga kamu akan dikasihani Allah.”
Menjelang kematian Abu Ubaidah ra, beliau memesankan kepada tenteranya, “Saya pesankan kepada kalian sebuah pesan. Jika kalian terima, kalian akan baik, ‘Dirikanlah shalat, tunaikanlah zakat, puasalah di bulan Ramadhan, berdermalah, tunaikanlah ibadah haji dan umrah, saling nasihat menasihatilah kalian, sampaikanlah nasihat kepada pimpinan kalian, jangan suka menipunya, janganlah kalian terpesona dengan keduniaan, karena betapa pun seorang melakukan seribu upaya, beliau pasti akan menemukan kematiannya seperti saya ini. Sungguh Allah telah menetapkan kematian untuk setiap pribadi manusia, oleh sebab itu semua mereka pasti akan mati. Orang yang paling beruntung adalah orang yang paling taat kepada Allah dan paling banyak bekalnya untuk akhirat. Assalamu�alaikum warahmatullah.”
Kemudian beliau melihat kepada Muaz bin Jabal ra dan mengatakan, “Ya Muaz! Imamilah shalat mereka.” Setelah itu, Abu Ubaidah ra pun menghembuskan nafasnya yang terakhir.
Allahu a’lam bisshawab.

Mustafa Kamal Ataturk- Mayatnya Tidak Diterima Bumi

Adakah sahabat semua mengenali MUSTAFA KAMAL ATATURK?? Benar.. Masakan kita tidak mengenalinya sedangkan dialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Daulah Khilafah yang kita banggakan sejak sekian lama. Tanggal 3 Mac 1924 merupakan titik hitam di dalam sejarah umat Islam yang tidak harus dilupakan oleh kaum Muslimin. Pada tarikh inilah umat Islam secara rasmi telah kehilangan perisai dan tonggak tempat mereka berlindung - Khilafah Islamiyyah. Kejadian ini meninggakan luka yang amat dalam pada diri umat Islam..

Khalifah yang terakhir, Sultan Abdul Majid telah diusir meninggalkan pusat pentadbiran Daulah Khilafah di Turki pada subuh hari tersebut hasil daripada persidangan Majlis Nasional yang diketuai oleh La’natullah Mustafa Kamal melalui konspirasi jahat kafir Barat. Semuanya telah berlalu dan kehidupan umat Islam kini lemah tanpa ada pembela gara-gara si Kamal Ataturk keparat ini.. Disini ingin saya kongsikan peristiwa yang berlaku apabila kematian semakin menghampiri si keparat pembelot agama Allah ini... Moga Allah melaknat beliau..

Kamal Ataturk diberi gelaran al-Ghazi (orang yang memerangi). Perkataan Ataturk bermakna bapa orang Turki. Artaturk ialah orang yang bertanggungjawab meruntuhkan Kerajaan Islam Turki pada tahun 1343H (1924M).

Beliau dilahirkan pada tahun 1299H (1880M) di bandar salonika, Greek yang ketika itu merupakan jajahan takluk Kerajaan Uthmaniyyah. Bapanya bernama Ali Reda Afandi, berkerja sebagai pengawal di jabatan Kastam. Ada yang mengatakan beliau ialah bapa tiri Ataturk dan bukan bapa kandungnya. Ada juga yang mengatakan Ataturk oleh Guru matematiknya yang bernama Mustafa. Mustafa bertugas di sekolah Ataturk iaitu sebuah sekolah menengah tentera dan pada ketika itulah beliau tertarik dengan kebolehan Ataturk dalam bidang matematik lalu mencadangkan nama Mustafa Kamal.

Ketika Mustafa Kamal mencapai usia 12 tahun, beliau memasuki Sekolah Tentera Salonika. Kemudian beliau menyambung pelajaran di Akademi Tentera Monasitar pada tahun 1302H (1885M). Pada tahun 1322H (1905M), beliau memasuki kolej tentera di Istanbul dan menamatkan latihan ketenteraannya pada tahun 1325H. (1907M). Kemudiannya, belaiu telah ditugaskan di Kem Tentera Batalion ketiga di Salonika.

Ataturk hidup tanpa isteri dan anak-anak. Isterinya bernama Latifah Hanim hanya mampu tinggal bersamanya selama setahun sahaja kerana tidak tahan denagn kefasikan Ataturk. Kediamannya dipenuhi dengan segala macam kemungkaran daripada arak sehinggalah wanita.

Sewaktu Mustapha Kamal Attaturk menjadi perdana menteri Turki, dia telah membuat undang-undang yang amat bercanggah dengan ajaran agama Islam, antaranya ialah :

1. Membolehkan perempuan memakai tudung dengan syarat pakai skirt.

2. Membolehkan lelaki memakai seluar panjang dengan syarat pakai tali leher dan topi(sesuai dengan kehendak barat).

3. Menyuruh wanita dan lelaki menari di khalayak ramai. Beliau sendiri pernah menari dengan seorang wanita di satu parti umum yang pertama di Ankara.

4. Beliau pernah menegaskan bahawa "negara tidak akan maju kalau rakyatnya tidak cenderung kepada pakaian moden."

5. Menggalakkan minum arak secara terbuka.

6. Mengarahkan Al-Quran dicetak dalam bahasa Turki.

7. Menukar azan ke dalam bahasa Turki. Bahasa Turki sendiri diubah dengan membuang unsur-unsur Arab dan Parsi.

8. Mengambil arkitek- arkitek dari luar negara untuk memodenkan Turki. Hakikatnya mereka diarah mengukir patung-patung dan tugu-tugunya di seluruh bandar Turki.

9. Satu ucapan beliau di bandar Belikesir di mana beliau dengan terang-terangannya mengatakan bahawa agama harus dipisahkan dengan urusan harian dan perlu dihapuskan untuk kemajuan.

10. Agama Islam juga di buang sebagai Agama Rasmi negara.

11. Menyerang Islam secara terbuka dan terang-terangan.

12. Menggubal undang-undang perkahwinan berdaftar berdasarkan undang-undang barat.

13. Menukar Masjid Ayasophia kepada muzium, ada sesetengah masjid dijadikan gereja.

14. Menutup masjid serta melarang dari bersembahyang berjemaah.

15. Menghapuskan Kementerian Wakaf dan membiarkan anak-anak yatim dan fakir miskin.

16. Membatalkan undang-undang waris, faraid secara islam.

17. Menghapus penggunaan kalendar Islam dan menukarkan huruf Arab kepada huruf Latin.

18. Mengganggap dirinya tuhan sama seperti firaun. Berlaku peristiwa apabila salah seorang askarnya ditanya "siapa tuhan dan di mana tuhan > tinggal?" oleh kerana takut, askar tersebut menjawab 'Kamal Atartuk adalah tuhan" beliau tersenyum dan bangga dengan jawapan yang diberikan oleh askar itu.

Kematian Kamal Atartuk Yang Menyeksakan

Di saat kematiannya, Allah telah datangkan beberapa penyakit kepada beliau sehingga beliau rasa terseksa dan tak dapat menanggung seksaan dan azab yang Allah berikan di dunia.

Antaranya ialah :

1. Didatangkan penyakit kulit hingga ke kaki dimana beliau merasa gatal-gatal seluruh badan.

2. Sakit jantung.

3. Penyakit darah tinggi.

4. Panas sepanjang masa, tidak pernah merasa sejuk sehingga terpaksa diarahkan kepada bomba untuk menyiram rumahnya 24 jam. Pembantu-pembantunya juga diarahkan untuk meletak ketulan-ketulan ais di dalam selimut untuk menyejukkan beliau.

Maha suci Allah, buat macam mana pun rasa panas tak hilang-hilang. Oleh kerana tidak tahan dengan kepanasan yang ditanggung, beliau menjerit sehingga seluruh istana mendengar jeritan itu. Oleh kerana tidak tahan mendengar jeritan, mereka-mereka yang bertanggung jawab telah menghantar beliau ke tengah lautan dan diletakkan dalam bot dengan harapan beliau akan merasa sejuk.

Allah itu Maha Besar, panasnya tak jugak hilang! Pada 26 september 1938, beliau pengsan selama 48 jam disebabkan terlalu panas dan sedar selepas itu tetapi beliau hilang ingatan.

Pada 9 November 1938, beliau pengsan sekali lagi selama 36 jam dan akhirnya meninggal dunia. Sewaktu beliau meninggal, tidak seorang pun yang memandi, mengkafan dan menyembahyangkan mayat beliau.

Mayatnya diawetkan selama 9 hari 9 malam, sehingga adik perempuan beliau datang meminta ulama-ulama Turki memandikan, mengkafankan dan menyembahyangkannya. Tidak cukup dari itu, Allah tunjukkan lagi balasan azab ketika mayatnya di bawa ke tanah perkuburan. Bila mayatnya hendak ditanam, tanah tidak menerimanya (tak dapat nak bayangkan bagaimana tanah tidak menerimanya).

Disebabkan putus asa, mayatnya diawetkan sekali lagi dan dimasukkan ke dalam muzium yang diberi nama EtnaGrafi (kalau tak silap dengar) selama 15 tahun sehingga tahun 1953). Selepas 15 tahun mayatnya hendak ditanam semula, tapi Allah Maha Agung, bumi sekali lagi tak menerimanya. Habis ikhtiar, mayatnya diletakkan dalam keranda timah dan dibawa pula ke satu bukit ditanam dalam satu binaan marmar beratnya 44 tan. Mayatnya ditanam di celah-celah batu marmar. Apa yang menyedihkan, ulama-ulama sezaman dengan Kamal Atartuk telah mengatakan bahawa jangan kata bumi Turki, seluruh bumi Allah ini tidak menerima Kamal Atartuk!
Maha suci Allah.. Itulah azab yang diterima oleh seorang yang menentang Agama Allah secara terang-terngan.. Belum lagi azab yang ditanggung di akhirat kelak yang kekal abadi.. Dan itulah yang selayaknya diterima oleh si murtad Mustafa Kamal Ataturk LAKNATULLAH!!

Thursday, April 14, 2011

Hadis berkaitan:
Diriwayatkan oleh Imam Muslim rahimahullah didalam kitabnya, Sahih Muslim bahawa Saidatina Aisyah r.a isteri Nabi s.a.w katanya:

Apabila Rasulullah s.a.w ingin musafir, baginda biasanya mengadakan undian di kalangan isteri-isterinya. Sesiapa yang bernasib baik dialah yang akan keluar bersama Rasulullah s.a.w.

Saidatina Aisyah berkata Rasulullah s.a.w membuat undian di kalangan kami untuk memilih siapakah yang akan turut serta ke medan perang. Tanpa diduga undi akulah yang berjaya. Lalu aku keluar bersama Rasulullah s.a.w. Peristiwa ini berlaku selepas turunnya ayat hijab. Aku dibawa dalam Haudaj (sebuah bilik kecil untuk perempuan yang diletakkan di atas unta). Bilik inilah aku ditempatkan selama berada di sana.

Setelah Rasulullah s.a.w selesai berperang, kami terus pulang. Kami berhenti rehat buat seketika di suatu tempat yang berhampiran dengan Madinah. Sebaik sahaja tiba waktu malam kami diminta supaya meneruskan perjalanan. Pada waktu yang sama aku bangkit dan berjalan jauh dari pasukan tentera. Apabila selesai membuang air besar aku kembali ke tempat kelengkapan perjalanan. Ketika aku menyentuh dadaku mencari kalung, ternyata kalungku yang diperbuat dari manik Zafar (berasal dari Zafar, Yaman) hilang.

Aku kembali lagi ke tempat tadi mencari kalungku sehingga aku ditinggalkan dalam keadaan tersebut. Sementara itu beberapa orang lelaki yang ditugaskan membawaku mengangkat Haudaj ke atas unta yang aku tunggangi kemudian terus pulang. Pada sangkaan mereka aku berada di dalamnya. Saidatina Aisyah berkata : Wanita pada waktu itu semuanya ringan-ringan, tidak terlalu tinggi dan tidak pula terlalu gemuk kerana mereka hanya memakan sedikit makanan menyebabkan para sahabat tidak terasa berat ketika membawa serta mengangkat Haudaj. Apatah lagi aku pada waktu itu seorang gadis.

Mereka membangkitkan unta dan terus berjalan. Sebaik sahaja mereka bertolak aku bertemu kalung yang kehilangan tadi. Aku pergi ke tempat perhentian mereka semasa berperang, namun tidak seorang pun yang ada di sana. Lalu aku kembali ke tempat perhentianku dengan harapan mereka sedar kehilanganku dan kembali mencariku. Ketika berada di tempatku, aku terasa mengantuk dan terus tertidur. Kebetulan Safuan bin Al-Muattal As-Sulami Az-Zakwani telah ditinggalkan oleh pasukan tentera supaya berangkat pada awal malam sehinggalah dia sampai ke tempatku pada pagi tersebut.

Dalam kesamaran dia terlihat seorang manusia sedang tidur. Dia menghampiriku dan didapati aku yang tidur di situ. Dia mengenaliku kerana pernah melihat aku sebelum hijab diwajibkan kepadaku. Aku tersedar oleh ucapannya ketika dia mengetahui bahawa aku tidur di situ. Aku segera menutup wajahku dengan kain tudung. Demi Allah! Dia tidak bercakap dengan aku dan aku juga tidak mendengar kata-katanya walaupun sepatah selain satu ucapannya sehinggalah dia meminta aku menunggang untanya. Tanpa membuang masa aku terima pelawaannya dan terus naik dengan berpijak di tangannya, lalu beredar dalam keadaan dia menarik unta sehinggalah kami berjaya mendapatkan pasukan tentera yang sedang berhenti rehat kerana panas terik.

Celakalah penuduhku dan orang yang tetap dengan keangkuhannya iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul. Setelah sampai di Madinah, aku jatuh sakit di Madinah selama sebulan setelah ku kembali. Sementara itu orang ramai sedang menyebarkan fitnah daripada pereka cerita bohong tetapi aku sendiri tidak mengetahuinya. Aku mula resah setelah Rasulullah s.a.w kelihatan berubah malah aku tidak lagi merasakan kelembutan Rasulullah s.a.w yang biasanya aku rasakan ketika aku sakit. Rasulullah s.a.w cuma masuk mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Suasana ini menyebabkan aku semakin gelisah kerana bagiku, aku tidak melakukan keburukan.

Setelah penyakitku beransur sembuh, aku keluar bersama Ummu Mistah ke tempat buang air besar. Ianya adalah tempat yang biasa kami kunjungi untuk membuang air besar dan kami hanya keluar pada waktu malam. Keadaan ini berterusan sehinggalah kami membina tandas berhampiran dengan rumah kami. Kamilah orang arab yang pertama membina tandas untuk bersuci. Akhirnya kami merasa terganggu dengan tandas tersebut yang dibina berhampiran dengan rumah kami.

Suatu hari aku keluar bersama Ummu Mistah binti Abu Ruhmi bin Al-Muttalib bin Abdul Manaf. Ibunya adalah puteri Sakhrin bin Amir ibu saudara Abu Bakar As-Siddiq r.a, anaknya bernama Mistah bin Usaasah bin Abbad bin Al-Muttalib. Setelah kami selesai buang air besar aku berjumpa dengan anak perempuan Abu Ruhmi berhampiran rumahku. Tiba-tiba Ummu Mistah terpijak pakaiannya lalu melatah sambil berkata : Celaka Mistah! Aku berkata kepadanya : Apakah engkau mencela seorang lelaki yang syahid dalam peperangan Badar. Dia menjawab : Wahai Saidatina Aisyah, tidakkah engkau mendengar apa yang dia katakan? Aku menjawab : Tidak, apakah yang dia katakan? Lantas Ummu Mistah menceritakan kepada aku tuduhan pembuat cerita bohong.

Mendengar cerita itu, sakitku bertambah kuat. Setelah sampai di rumah Rasulullah s.a.w masuk menjengukku. Baginda mengucapkan salam kemudian bertanya: Bagaimana keadaanmu? Aku menjawab : Apakah engkau izinkan aku berjumpa dua orang tuaku? Pada saat itu aku ingin kepastian tentang berita tersebut dari dua orang tuaku. Selepas mendapat keizinan daripada Rasulullah s.a.w, aku segera pulang ke rumah orang tuaku. Sebaik sahaja sampai di sana, aku bertanya ibuku : Mak, apakah cerita yang disebarkan oleh orang ramai mengenai diriku? Ibuku menjawab : Wahai anakku! Tabahkanlah hatimu! Demi Allah berapa orang sahaja wanita cantik berada di samping suami yang menyayanginya dan mempunyai beberapa orang madu tidak difitnahkan, bahkan ramai yang dilontarkan fitnah terhadapnya. Aku berkata : Maha suci Allah s.w.t! Apakah sampai begitu sekali orang ramai memfitnah ku?

Aku terus menangis pada malam tersebut dan tidak lagi mampu menahan air mata. Aku tidak dapat tidur sehingga pada pagi keesokannya, aku masih lagi dalam keadaan demikian. Setelah beberapa ketika Rasulullah s.a.w memanggil Ali bin Abi Talib dan Usamah bin Zaid untuk membincangkan perceraian dengan isterinya. Ketika itu wahyu tidak diturunkan. Usamah bin Zaid memberi pertimbangan kepada Rasulullah s.a.w tentang penjagaan Allah terhadap isteri baginda dan kemesraan Nabi terhadap mereka sambil berkata: Wahai Rasulullah! Mereka adalah keluargamu. Kami cuma mengetahui apa yang baik. Manakala Ali bin Abi Talib pula berkata: Allah tidak menyulitkan kamu malah wanita selain daripadanya masih ramai.

Jika engkau bertanyakan pembantu rumah pun, tentu dia akan memberikan keterangan yang betul. Saidatina Aisyah berkata : Lantas Rasulullah s.a.w memanggil Barirah (pembantu rumah) dan bertanya: Wahai Barirah! Apakah engkau pernah melihat sesuatu yang meragukan tentang Aisyah? Barirah menjawab: Demi Allah yang mengutusmu membawa kebenaran. Sekiranya aku melihat sesuatu padanya, nescaya aku tidak akan menyembunyikannya. Dia tidak lebih dari seorang gadis muda yang sering tertidur di samping adunan roti keluarganya sehinggalah binatang ternakan seperti ayam dan burung datang memakannya.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian Rasulullah s.a.w berdiri di atas mimbar meminta pertolongan untuk membersihkan segala fitnah yang dilontarkan oleh Abdullah bin Ubai bin Salul. Saidatina Aisyah berkata lagi : Rasulullah s.a.w bersabda semasa berkhutbah : Wahai kaum Muslimin! Siapakah yang ingin menolongku dari orang yang sanggup melukai hati keluargaku? Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Beberapa orang telah menyebut tentang seorang lelaki yang aku ketahui bahawa dia seorang yang baik. Dia tidak pernah masuk berjumpa isteriku kecuali bersamaku. Lalu Saad bin Muaz Al-Ansariy bangun berkata : Aku yang akan menolongmu daripada orang itu wahai Rasulullah. Jika dia daripada golongan Aus aku akan memenggal lehernya dan sekiranya dia dari kalangan saudara kami daripada golongan Khazraj, perintahkanlah aku nescaya aku akan melaksanakan segala perintahmu itu.

Saidatina Aisyah berkata: Mendengar kata-kata tersebut lantas Saad bin Ubadah bangun. Dia adalah penghulu golongan Khazraj, seorang yang soleh tetapi kadang-kadang dia cepat radang kerana bongkak. Dia menjawab kepada Saad bin Muaz : Engkau bohong! Demi Allah engkau tidak dapat membunuhnya dan tidak mampu untuk membunuhnya! Lalu Usaid bin Hudair sepupu Saad bin Muaz bangun menjawab kepada Saad bin Ubadah : Engkau bohong! Demi Allah, kami akan membunuhnya. Engkau seorang munafik yang membela orang-orang munafik. Maka terjadilah pertengkaran hebat antara golongan Aus dan Khazraj, sehingga mereka hampir membunuh antara satu sama lain.

Rasulullah s.a.w masih tetap berdiri di atas mimbar. Rasulullah s.a.w tidak henti-henti menenangkan mereka sehinggalah mereka terdiam kerana melihat Rasulullah s.a.w diam. Saidatina Aisyah berkata: Melihat keadaan itu aku menangis sepanjang hari. Air mataku tidak berhenti mengalir dan aku tidak dapat tidur sehinggalah pada malam berikutnya. Dua ibu bapaku menganggap tangisanku itu boleh membawa kepada terbelahnya jantungku. Ketika ibu bapaku menunggu aku, seorang perempuan Ansar datang meminta izin menemuiku. Setelah aku mengizinkannya, dia terus masuk lalu duduk sambil menangis.

Saidatina Aisyah berkata: Ketika itu Rasulullah s.a.w masuk memberi salam, lalu duduk bersama aku. Saidatina Aisyah berkata: Baginda tidak pernah berbuat demikian sejak berlakunya fitnah terhadapku sebulan yang lalu. Wahyu juga tidak diturunkan kepada baginda mengenai keadaanku. Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w mengucapkan Dua Kalimah Syahadah ketika duduk kemudian bersabda: Wahai Aisyah! Aku ketahui berbagai cerita telah diperkatakan tentang dirimu. Jika engkau memang tidak bersalah, Allah pasti tidak akan menyalahkan kamu. Tetapi seandainya engkau bersalah, pohonlah keampunan daripada Allah dan bertaubatlah kepada-Nya kerana sesungguhnya apabila seorang hamba mengaku berdosa, kemudian bertaubat nescaya Allah pasti akan menerima taubatnya.

Saidatina Aisyah berkata: Sebaik sahaja Rasulullah s.a.w selesai bersabda, aku bertambah sedih sehingga tidak terasa air mataku menitis. Aku berkata kepada ayahku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w mengenai apa yang baginda katakan. Ayahku menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Kemudian aku berkata kepada ibuku: Jelaskanlah kepada Rasulullah s.a.w. Ibuku juga menjawab: Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus dijelaskan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu aku berkata: Aku adalah seorang gadis muda. Aku tidak banyak membaca Al-Quran. Demi Allah! Aku tahu bahawa kalian telah mendengar semuanya itu sehingga tetap bersemadi di hati kalian, malah kalian mempercayainya. Jika aku katakan kepada kalian bahawa aku tidak bersalah, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah, tetapi kalian tetap tidak mempercayaiku. Begitu juga sekiranya aku mengakui melakukan kesalahan, Allahlah yang mengetahui bahawa aku tidak bersalah dan kalian tentu akan mempercayaiku. Demi Allah, aku tidak mempunyai contoh yang tepat untuk aku dan kalian kecuali kata-kata yang disebut oleh ayah Nabi Yusuf a.s, maksudnya: Kalau begitu bersabarlah aku dengan sebaik-baiknya dan Allah jualah yang dipohonkan pertolongan mengenai apa yang kamu katakan itu.

Saidatina Aisyah berkata: Kemudian aku beredar lalu berbaring di tempat tidurku. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Pada saat itu aku yakin diriku tidak bersalah dan Allah akan menunjukkan bahawa aku tidak bersalah. Tetapi demi Allah! Aku tidak menyangka bahawa wahyu akan diturunkan tentang permasalahanku kerana persoalanku adalah terlalu remeh untuk difirmankan oleh Allah s.w.t. Namun begitu aku mengharapkan agar Rasulullah s.a.w melihat dalam mimpinya bahawa Allah s.w.t membersihkan aku dari fitnah itu. Saidatina Aisyah berkata: Demi Allah! Rasulullah s.a.w tidak beredar dari tempat duduk baginda dan tidak ada seorangpun di kalangan keluarga kami keluar. Apabila Allah s.w.t menurunkan wahyu kepada Nabi-Nya, baginda kelihatan berubah. Baginda duduk membongkok sambil berpeluh bagaikan mutiara pada musim sejuk kerana beratnya menerima firman Allah s.w.t yang diturunkan kepada baginda.

Saidatina Aisyah berkata: Setelah itu Rasulullah s.a.w terus ketawa. Ucapan pertama baginda selepas menerima wahyu tersebut ialah sabdanya: Bergembiralah, wahai Aisyah! Sesungguhnya Allah s.w.t telah membersihkan kamu! Lalu ibuku berkata kepadaku: Bangunlah berjumpa Rasulullah s.a.w. Aku menjawab: Demi Allah! Aku tidak akan bangun berjumpa baginda. Aku hanya akan memuji kepada Allah s.w.t kerana Dialah yang menurunkan ayat Al-Quran menyatakan kebersihanku. Lalu Allah s.w.t menurunkan ayat yang bermaksud: (Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita yang amat dusta itu ialah segolongan dari kalangan kamu) sebanyak sepuluh ayat. Allah s.w.t menurunkan ayat-ayat tersebut yang menyatakan kebersihanku.

Saidatina Aisyah berkata: Lalu Sayidina Abu Bakar orang yang selalu memberi nafkah kepada Mistah kerana dia adalah salah seorang daripada kaum keluarga Abu Bakar dan seorang miskin berkata: Demi Allah! Aku tidak akan memberikan nafkah kepadanya lagi selepas dia memfitnahkan Saidatina Aisyah r.a. Sebagai teguran terhadap tindakan itu Allah s.w.t menurunkan ayat maksudnya: Dan janganlah orang-orang yang berharta serta lapang hidupnya di antara kamu bersumpah tidak mahu lagi memberi bantuan kepada kaum keluarga sehinggalah kepada firman Allah s.w.t yang bermaksud: Tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu.

Hibban bin Musa berkata: Abdullah bin Al-Mubarak menyebut: Inilah ayat yang paling aku harapkan dalam Kitab Allah.

Abu Bakar berkata: Demi Allah! Memang aku inginkan keampunan Allah s.w.t. Lalu Abu Bakar kembali memberikan nafkah kepada Mistah sebagaimana biasa dan berkata: Aku tidak akan berhenti memberi nafkah kepadanya.

Saidatina Aisyah berkata: Rasulullah s.a.w pernah bertanya Zainab binti Jahsyin isteri Nabi s.a.w tentang masalahku: Apakah yang engkau ketahui atau apakah pendapatmu? Zainab menjawab: Wahai Rasulullah! Aku selalu menjaga pendengaran dan penglihatanku. Demi Allah! Apa yang aku ketahui hanyalah kebaikan. Saidatina Aisyah berkata: Dialah dari kalangan isteri-isteri Nabi s.a.w yang membanggakan aku. Allah s.w.t mengurniakan kepadanya sifat warak berbanding dengan saudara perempuannya iaitu Hamnah binti Jahsyin yang turut serta menyebarkan fitnah. Maka celakalah dia bersama orang-orang yang celaka!

Hadis Muslim dengan syarah Imam Nawawi j 17 ms 103-112"

telur ayam tiruan???

hati2 dengan telur ayam tiruan yang dah masuk pasaran malaysia sekarang ni.
benda ni dah lama ada kat china.....tp x sangka boleh masuk malaysia plak.
kita review skit cmne telur tiruan ni dibuat (di china la)










ingredients yg digunakan.......





kuning telur......







buat kulit telur .......


kulit telur tiruan yang lebih rapuh berbanding telur asli.....




harap info ni dapat membantu

BERKATA BENAR

Nabi Muhammad berpesan....


Tinggalkanlah perkara yang meragukan dan buatlah perkara yang tidak meragukan. 
Berkata benar adalah ketenteraman dan dusta adalah keraguan

(Direkodkan oleh Tirmizi)

Nabi Muhammad berpesan supaya kita meninggalkan percakapan dan perbuatan yang tidak benar. Beliau menggalakkan kita melakukan perkara baik dan perkara yang tidak meragukan. Sesiapa yang bercakap benar, hatinya tenang dan tenteram. Orang tidak percaya kepada orang yang bercakap bohong.

Hanzalah bin Abu Amir


Perkahwinan Hanzalah bin Abu Amir dengan sepupunya, Jamilah binti Ubay sudah siap diatur. Kebetulan pula, hari berlangsungnya perkahwinan Hanzalah bertembung dengan hari peperangan tentera Islam menentang musuh di Bukit Uhud. Hanzalah bin Abu Amir mendekati Rasulullah s.a.w., “Saya bercadang menangguhkan sahaja perkahwinan saya malam nanti.” Pada masa itu, Nabi Muhammad s.a.w. dan tentera-tentera Islam di kota Madinah sibuk membuat persiapan akhir untuk berperang. “Tidak mengapa, teruskan sahaja perkahwinan ini,” balas Rasulullah s.a.w.. “Tetapi saya sungguh berhajat bagi menyertainya, ” Hanzalah bertegas. Rasulullah s.a.w. berkeras supaya Hanzalah meneruskan perkahwinannya dan memberi cadangan supaya Hanzalah menyusuli tentera Islam di Bukit Uhud pada keesokan hari, setelah selesai upacara perkahwinan.

Hanzalah mendiamkan diri. Ada benarnya saranan Nabi Muhammad itu; perkahwinan ini bukan sahaja melibatkan dirinya bahkan bakal isterinya juga. Pada malam Jumaat yang hening, perkahwinan antara Hanzalah bin Abu Amir dan Jamilah binti Ubay dilangsungkan secara sederhana. Suasana yang hening dan sunyi itu tidak tenang hingga ke pagi. Kota Madinah tiba-tiba dikejutkn dengan paluan gendang yang bertubi-tubi. Paluan gendang mengejutkan para pejuang bersama laungan menyebarkan berita.

“Bersegeralah! Kita bersegera perangi musuh Allah.”

“Berkumpul segera! Keluarlah! Rebutlah syurga Allah!”

“Perang akan bermula!”

Pukulan gendang dan laungan jihad itu mengejutkan pasangan pengantin yang baru sahaja dinikahkan. Hanzalah bingkas dari tempat tidurnya, “Saya harus menyertai mereka.” “Bukankah malam ini malam perkahwinan kita dan Nabi Muhammad mengizinkan kanda berangkat esok?” Soal isterinya. Hanzalah menjawab tegas, “Saya bukanlah orang yang suka memberi alasan bagi merebut syurga Allah.”

Jamilah terdiam dan hanya mampu memerhatikan suaminya bersiap memakai pakaian perang dan menyelitkan pedang ke pinggangnya. Hanzalah menoleh ke arah isterinya, “Janganlah bersedih, doakan pemergian saya semoga saya beroleh kemenangan.” Suami isteri itu berpelukan dan bersalaman. Berat hati Jamilah melepaskan lelaki yang baru sahaja menjadi suaminya ke medan perang. Namun, Jamilah menguatkan hatinya dan melepaskannya dengan penuh redha. “Saya mendoakan kanda beroleh kemenangan.”

Hanzalah melompat ke atas kudanya dan terus memecut tanpa menoleh ke belakang. Akhirnya, dia berjaya bergabung dengan tentera Islam yang tiba lebih awal daripadanya.

Di medan perang, jumlah tentera musuh adalah seramai tiga ribu orang yang lengkap bersenjata manakala jumlah tentera Islam hanyalah seramai seribu orang. Perbezaan itu tidak menggugat sanggar wibawa tentera Islam termasuklah Hanzalah. Dia menghayun pedangnya menebas leher-leher musuh yang menghampiri dan apabila dia terpandang Abu Sufyan, panglima tentera Quraisy, Hanzalah menerkam Abu Sufyan umpama singa lapar. Mereka berlawan pedang dan bergelut; akhirnya Abu Sufyan sungkur ke tanah. Tatkala Hanzalah mengangkat pedang mahu menebas leher Abu Sufyan, dengan kuat panglima tentera Quraisy itu menjerit menarik perhatian tentera Quraisy. Tentera-tentera Quraisy menyerbu Hanzalah dan Hanzalah tewas, rebah ke bumi.

Sebaik sahaja perang tamat, tentera Islam yang tercedera diberikan rawatan. Mayat-mayat yang bergelimpangan dikenalpasti dan nama-nama mereka, tujuh puluh orang kesemuanya, dicatat. Sedang Nabi Muhammad yang tercedera dan patah beberapa batang giginya diberi rawatan, beliau mengatakan sesuatu yang menyentak kalbu, “Saya terlihat antara langit dan bumi, para malaikat memandikan mayat Hanzalah dengan air daripada awan yang diisikan ke dalam bekas perak.” Abu Said Saidi, antara tentera yang berada dekat dengan Nabi Muhammad bingkas mencari jenazah Hanzalah. “Benar kata-kata Nabi Muhammad. Rambutnya masih basah bekas dimandikan!” Abu Said Saidi menyaksikan ketenangan wajah Hanzalah walaupun beliau cedera parah di seluruh badannya. Rambutnya basah dan titisan air mengalir di hujung rambutnya sedang ketika itu matahari terik memancar.