Thursday, June 14, 2012

Kita hanya merancang dan Allah sahaja yang menentukannya

SALAM..^_^

today i would like to share to all of you about mylife.....(ceh bajet speaking)


Dah: Madi..mg isi dop agi permohonan untuk DQ?? aku dengar bukak dah permohonan tu.

Aku: ye ke?? bakpe sekoloh kite dop royak mende pon??

Dah hanya mampu mengangkat bahu dan aku pon mengajak Dah ke makmal komputer untuk mengisi borang tersebut. Almaklumla,aku ni masih budak sekolah menengah mana boleh bawak laptop sesuka hati.
Sampai di makmal komputer, kami pon mengisi borang tersebut. dan alhamdulilah aku sempat mengisi borang tersebut sebelum waktu rehat tamat dengan print sekali, tapi Dah pulak yang masih belum siap-siap lagi sebab komputer ada masalah.huhu,,..Dah yang mengajak aku isi dan aku pulak yang siap dulu

Darul Quran...

First time aku dengar nama tu waktu aku form 2

"kakak nanti lepas SPM kakak masuk Darul Quran kat Kuala Kubu la"

aku hanya mengangguk.mungkin umi tak ingat kata-kata tersebut tapi perkataan tersebut masih segar dalam benak otak aku.dan second time aku dengar bila kak Aisyah Zul datang sekolah nak promote pasal DQ dan hati aku mula tertarik dengan DQ..tengok video sahaja pon dah nampak biah solehah kat sana..Ya Allah...

Keesokan harinya, cikgu Bahar (kaunselor sekolah) dan Cikgu rusiati (mantan kaunselor dan merupakan PK HEM) membuat perjumpaan dengan f5 selepas perhimpunan.

Cikgu Bahar: Borang permohonan Darul Quran dah keluar so siape-siapa yang nak isi boleh pergi ke makmal komputer ye..

fuh...aku mengeluh, apasal la sekolah ni selalu je lambat sangat nak bagitahu pengunguman penting ni..dah nak tutup dah permohonan tu. Di asrama, dalam kelas semua asyik borak-borak pasal Darul Quran dan alhamdulilah ramai jugak yang memohon.Kitorang just tunggu keputusan interview keluar.

Hari keluar keputusan interview..

Sab: weh ari ni Bie (junior aku) kabo keputusan DQ keluar..meh IC semua Bie nak tolong check.

memandangkan minggu tu semua adik-adik balik so Bie lah yang tolong kitorang sidikit sebnyak yang berkaitan dengan DQ

Sab: weh dop boleh la ..semua orang takleh inteview...

kawan: ye ke?? ke ye tak nak bagi budak Imtiaz masuk??

macam-macam persoalan yang keluar dari benak otak kami.

Sab: Bie royak sekoloh abang ye (SAMBEST) pon semua takleh..80 lebih mintak semuanya tak boleh..

mustahil kan? mungkin sistem tak betul kot.lalu kami pon tunggu la dalam beberapa hari..

Sab: keputusan interview keluar dah..Aku nak tepon Bie ea..meh kat aku

kantoi bawak henset.haha..Dan Alhamdulilah aku adalah salah seorang yang diterima untuk di interview.
Kami pon mula sibuk kol mak bapak masing-masing dan termasuk aku sekali sebab sijil-sijil semuanya ada kat rumah buat harta pusaka. Aku dan Ainsyah mula mengumpul semua IC dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk interview untuk di cop . Dan kamilah yang tukang mengecop semua sijil-sijil dan PK HEM just tolong sign je,. Seharian jugalah aku dan Ainsyah lepak lam bilik PK HEM yang ber air cond.Maklumla kat dalam kelas mana de pakai air cond macam masa form 1 dulu.

Dipendekkan cerita, kami semua telah selesai dinterview walaupun terpaksa mengharungi segala mehnah dan tribulasi. Time interbiew tu aku kena hafal surah Al kahfi ( bukan satu surah doe) satu muka surat je. Tapi..aku ni nama je penghafal Al Quran dan telah khatam time f4 dulu..tapi langsung tak masyi macam Rasyidah Afdzal, Tuan Ainsyah,Nadhirah dan semua orang la.Time tu hanya Allah je yang tahu betapa susahnya aku nak hafal ayat tu. Menghafal yang baru lagi mudah daripada mengulang tau!!

Masa terus berlalu..Siang mengganti malam dan malam mengganti siang.

dan tibalah juga tarikh keputusan DQ keluar. Aku berdebar-debar dan sekali lagi sistem tak betul dan takde sape-sape pon yang boleh DQ. And then satu hari tu Aisyah Nafisah kol aku

aisyah: Madi bagi IC.nak check Dq ni..

aku pon juz bagi..tiba-tiba aku mendapat mesej daripada Rasyidah Afdzal (time tu SPM so takpelah nak bwk henset pon)

"MADIE TAHNIAH..AWAK DAPAT MASUK KE DARUL QURAN"


Aku tersentap.Aku tanya syidah berulang kali dan hanya 3 orang sahaja yang diterima masuk ke DQ.aku,syidah dan Asmaa'. tiba-tiba aku teringat istikarah aku sebelum aku pergi interview ari tu.Semasa tidur aku terdengar satu suara yang membisik di telinga aku "DQ!DQ!DQ!" 3 kali suara tu membisik di telinga aku dan aku terus terbangun daripada tidur. Masya Allah..mungkinkah ini petunjuk daripada Allah ??

kembali ke alam realiti. Aku mengurut tengku yang pening kepala dan sambil memikirkan DQ. Aku hampir menangis. Ya Allah adakah kau mahu memberi aku peluang kedua supaya aku dapat menjaga Al Quran yang aku pegang? Dan mungkin juga engkau mahu aku mengubah akhlak buruk aku ni..Apa yang aku mampu buat hanyalah sujud syukur.

Lepas SPM aku mula sibuk menguruskan kemasukan ke DQ. Medical check up,borang-borang terpaksa aku selesaikan.Aku masih lagi termenung memikirkan adakah keputusan aku ni betul? Aku terus jua langkah ku tanpa berpaling ke belakang.

tanggal 4 January 2012 kami sekeluarga bertolak ke Selangor kira-kira pukul 2 pagi.dan matlamat kami untuk sampai ke DQ sebelum pukul 10 untuk mendaftar.Angah aku memecut kereta FORD EVEREST milik ayahku dengan 150 km/j .rasa ala-ala nak terbang gitu. Kami telah pun sampai ke destinasi tapi malangnya kami tersesat.haha terpaksa tanya polis. Aku menaip mesej kepada Rasyidah

"Syidah meh kite lumbe sape sapa lu..hehe..."

Syidah dah bertolak ke Selangor 2 hari sebelum tu lagi Asmaa plak kali ni tak perlu risau sebab dia memang duduk dekat Gombak..Kami pulak yang akan merasa naik turun bas untuk pulang ke kampung.

Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi barakah Darul Quran. Alhamdulilah kerana kami telah selamat sampai. Panas terik dan angin yang kuat telah menyambut kedatangan kami ke situ. Angin dia memang sangat kuat dan nyaman lebey-lebey lagi ada tasik kat situ dan menambahkan lagi keindahan di DQ di tambah dengan bukit-bukit yang tinggi nung di belakang sana. Mungkin bukit Frezer kut (aku hntam je)

Daftar sudah. Minggu Orientasi yang sangat menyeramkan pon sudah. Ditambah pula Sinergy of Ulul Albab (SYABAB) sebagai penambah rase. Semakin perit. Di sana aku mengenal apa itu tarbiah. Dua program yang cukup menyeksekan sudah banyak mengajar aku tentang tarbiah,hakikat umat islam sekarang , dakwah dan macam-macam lagi. Kenangan minggu haluan siswa dengan syabab sangat manis tapi untuk mengharungi lagi sekali mungkin tidak!!

3 Bulan aku belajar di Darul Quran. Aku dapat banyak ilmu di sana. Ukhuwah kat sana  tersngat- sangat mantop dan aku pon tak pernah jumpa UKHUWAH seperti ini..KAMI BERUKHUWAH KERANA ALLAH.Kini tibalah masanya kami untuk mengambil keputusan SPM.Cukup mendebarkan memandangkan kedua-dua orang tua aku sangat mengharapkan kejayaan daripada aku.

Hari ni panjang pulak pengetua dengan Dato' Rosol berucap..mak aihhh...bila nak dapat result ni. Jarum jam menunjukkan ke angka 12. Ak memandang sekeliling. Rata-rata sahabat-sahabatku tidak ambik endah dengan pengetua dan Dato' Rosol berucap. Maklumla dah 3 bulan tak jumpa. Macam- macam la diorang sibuk bercerita terutama perempuan. Termasuk aku tapi aku turut memberi tumpuan kepada VIP di hadapan. Ambik hati.   Ibu bapa khusyuk mendengar.

Pengetua mengumumkan nama para pelajar yang merangkul 11A..
 
Tuan Nur Aisyah, Nur Dini Izzati, Nurul Qaniah, Nur Rasyidah, Asmaa', Nurhidayati, Firdaus Hamzah, Zahid dan Ilyas.

Dan aku?? tidak tersenarai dalam golongan tersebut. Sedih, Hampa, Tapi aku percaya dengan janji Allah. Mungkin ini yang terbaik untuk aku dan mungkin Allah tak nak aku riak dengan keputusan aku kalau aku dapat 11A .Sungguh Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Nama setiap orang dipanggil untuk tampil ke hadapan. Dan aku juga risau, takut kerana nama aku dipanggil agak lewat juga kot.

"Madihah binti Sobree" cikgu Azian mula melaung nama aku.

Aku mula mengatur langkah dan menuju ke hadapan untuk mengambil result aku. Aku terkejut melihat keputusan aku itu. Boleh tahanlah..bersyukur lah dengan apa yang Allah kasi. Mungkin ini yang terbaik untuk aku.

Di rumah, umi seakan sangat kecewa dengan keputusan Biology aku kerana mereka sangat mengharapkan aku turut mengikut jejak langkah along aku. Doktor. Aku rasa mostly orang nak jadi doktor sekarang ni. mak aihh....Aku mula diasak supaya untuk keluar dari DQ dan masuk matrikulasi. Huhu..hati aku mula memberontak, Sedih tidak terkata. Aku mula menghantar mesej kepada Rasyidah  dan dia telefon aku. Aku hanya mampu menangis dan dia memujuk ku. Umi membuka pintu dan along mahu bercakap denganku. Bukan senang nak dapat panggilan daripada orang jauh ni heh.orang mesir. Aku hanya mampu menangis dan kehilangan kata-kata.

Aku mula menaip surat untuk keluar dari Darul Quran. Tapi Allah yang menentukan segalanya. tiba-tiba komputer aku hang. Aku redha. mungkin Allah tak nak bagi aku keluar kot. Aku membiarkan komputer tersebut dan surat untuk keluar aku hanya sempat taip nama aku sahaja.

Di Darul Quran

Aku mula istikarah. Dan aku mendapat istikarah yang positif. Aku mimpi aku bersama-sama dengan roomate aku. Aku mula meminta pandangan daripada Asma Naqibah (exroomate)

"mungkin awak akan duduk di DQ bersame-same dengan Kimah ataupun Keluar bersama-sama dengan Kimah"

Buktinya sekarang ya! Sekali lagi Allah memang Maha Mengetahui. Hakimah masih menetap di DQ bersama-sama denganku dan dia tidak mendapat apa-apa biasiswa.

Aku tahu Allah tahu yang terbaik untuk aku. Dan aku dapat merasakan bahawa Allah mahu aku menetap di DQ. Dan even aku pon tak dapat nak mengisi permohonan Mara. Nak tahu lebih lanjut sila baca entry aku yang lepas (Mara VS DQ)

bukan semua benda yang kita mahu adalah yang terbaik untuk kita.

Allah Berfirman Dalam surah Al Baqarah ayat 216

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi  kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"


Berdoalah kepadanya supaya berikan sesuatu yang terbaik untuk kita..wallahua'lam
salam..

sepanjang aku berada dua minggu di darul quran untuk join kelas tasmi' tambahan aku adalah baca buku BEDUK DIKETUK karya ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Dan inilah first time aku baca buku beliau sebab aku ni bukan minat sangat dengan baca buku ni tapi semenjak menjejakkan kaki ke Darul Quran, aku mula mencari inisiatif sendiri untuk top up kan thaqafah .aceceh...sejak bila pulak aku jadi macam ni?ya!!sejak masuk ke Darul Quran.


aku suka statement beliau yang ni!

'kalau kita nak perbaiki DUNIA, kita hendaklah memperbaiki MANUSIA, jika kita hendak memperbaiki manusia, kita hendaklah memperbaiki HATInya, dan jika kita hendak memperbaiki hati-hati manusia maka hendaklah kita mula memperbaiki SOLATnya..'

YA!aku sangat suka akan statement ini. Dalam buku beliau kebanyakan nya beliau sentiasa sentuh bab solat. Cubalah korang semua baca buku tersebut dan korang takkan rugi kerana korang akan dapat sesuatu yang sangat bermakna.

Solat?

berapa ramai umat Islam hari ini yang betul-betul menitik beratkan pasal solat??
berapa ramai umat Islam hari ini yang betul-betul cukup 5 waktu solat sehari semalam?
dan berapa ramai umat islam hari ini yang lebih pentingkan solat daripada urusan dunia?

boleh dibilang dengan jari sahaja wahai umat manusia sekalian!
Dalam kehidupan yang paling utama adalah solat yakni beribadah kepada Allah

'Tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribada kepadaku'

jika Baik solat seseorang itu yakni menjaga waktu solat,khusyuk, maka baiklah akhlaknya..

jika buruk solatnya yakni sentiasa melengah-lengah kan solat serta meninggalkan solat, maka buruk jugalah akhlaknya

ORANG YANG SOLAT TAK SEMESTINYA BAIK, TAPI ORANG YANG BAIK SEMESTINYA SOLAT DAN MENJAGANYA


ORANG YANG MENUTUP AURAT TAK SEMESTINYA BAIK, TAPI ORANG YANG BAIK SEMESTINYA MENUTUP AURAT


wallahu'alam

Rujukan sudah ada :)

Salam to all readers..:)

hari tu sebelum IQRaC sem 1 yang join kelas tasmi tambahan balik ke kampung halaman masing-masing, malam last skali ayong (naqibah aku) adelah buat usrah dekat-dekat pukul 12 malam..kat dq usrah tak kira mase...kadang tu ada je yang usrah sampai kul 3 pagi..tido same2 dengan adik-beradik usrah,and banyak lagilah aktiviti usrah kat sana. Di Darul Quran lah baru aku mengenal apa itu usrah, dan betapa seronoknya join usrah ni...kalau di imtiaz dulu aku rase aku sangat liat nak join buat usrah walaupun aku ni naqibah di imtiaz..hoho...tak patut betul kan..di darul quran, kalau ayong atau along tak buat usrah dalam masa seminggu mesti kitorang sibuk2 merengek dekat along and ayong..."along,ayong bila kita nak berusrah??" see??sangat berbeza dengan imtiaz...

nak dijadikan ceritanya, masa malam last sebelum kitorang balik, ayang (afifah mamad yaidi) adalah share satu kisah ni dekat kitorang semua, dan aku sangat tertarik dengan kisah ini jiwa ini sangat terkesan..

tersebutlah kisah.....ayang mula start bercerita...

pada zaman dahulu kala(ala-ala kisah dongeng gitu)

di sebuah rumah terdapat seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak dan  seorang isterinya yang  sangat menyayanginya kerana ayah meraka seorang yang baik,penyayang ,soleh dan macam-macam lagilah.Suatu hari si ayah ni dia terpaksa pergi overseas dan meninggalkan anak2 dan isteri tercinta untuk mencari rezeki. Anak2 dan si isteri sangat sedih namun mereka tetap merelakan pemergian ayahanda tercinta untuk mencari sesuap nasi..

sebulan telah berlalu...

si ayah masih belum pulang ke tanah air..namun si ayah masih belum melupakan keluarganya yang tercinta lalu mengirim surat kepada keluarganya..Anak2 sangat gembira tatkala ayahanda mereka telah mengirim sepucuk surat kepada mereka. Oleh sebab mereka terlalu sayang kepada ayah mereka mereka langsung tidak membuka hatta membca surat tersebut dan menyimpannya di dalam sebuah kotak.Begitu jugalah keadaannya apabila mereka menerima surat yang seterusnya daripada ayahanda di perantauan...


setahun telah berlalu..

si ayah pun pulang ke tanah air kerana urusan pekerjaannya di sana telah selesai..apabila dia menjejakkan kaki ke rumahnya dia mendapati hanya anaknya yang bongsu sahaja yang berada di dalam rumah mereka itu..maka berlakulah perbualan antara mereka(ayat macam skema tahp ape je)

ayah: wahai anakku kemanakah ibu kamu?

anak: ibu telah meninggal dunia dua bulan selepas pemergian mu kerana sakit tenat.

ayah: bukankah ayah sudah kirimkan wang bersama-sama surat pertama dahulu?

anak: err.....kami tidak tahu bhawa ayah telah kirimkan duit kerana kami tidak membuka surat itu..

ayah: kenapa kamu tidak membacanya ~dengan nada kesal~ lalu kemanakah perginya abang mu?

anak: abang telah terjebak dengan gejala sosial.dan dia sudah tidak pulang ke rumah semenjak 3 bulan y lalu

ayah: dalam surat kedua ayah telah beri nasihat kepada anak-anak ayah supaya tidak terjebak dengan gejala     yang tidak sihat.

si anak terdiam kerana sedar akan kesilapan mereka.

ayah: kemanakah perginya kakak mu?

anak: kakak pula telah ikut seorang lelaki dan  mereka telah berkahwin sebulan yang lalu tetapi.....

ayah: tetapi.....???

anak: kakak telah bunuh diri kerana tertekan dengan suaminya yang melayan dirinya seperti binatang..

ayah: surat yang ketiga ayah telah nasihat kamu semua agar memilih pasangan yang elok agar terjamin masa depan kamu semua..

si ayah sangat kesal dengan apa yang terjadi dengan keluarganya sekarang..the end...

the moral of the story....

surat itu ibarat AL-QURAN yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Di dalam kitabNya, Allah dah bagitahu  macam-macam dan petunjuk kepada kita.so semuanya bergantung kepada kita..sama ada nak simpan Al-Quran dalam almari, atau sekadar baca sahaja tanpa pemahaman yang mendalam, atau memahami apa yang termaktub dalam Quran serta mengamalkannya..renung-renungkanlah,kita berada dalam golongan yang mana?

Kalau kita betul-betul faham apa yang ada dalam Quran serta mengamalknnya..insyaAllah diri sendir akan terpelihara. Bukan sekadar mengamalkannya sahaja tapi hendaklah sampaikan kepada masyarakat yang berada di zaman fitnah ini, tak semestinya orang yang ambil course agama sahaja yang perlu berdakwah tapi wajib ke atas semua umat islam untuk sama-sama berdakwah.wallahua'lam

Tuesday, May 1, 2012

aqidah

salam guys..

today i would like to talk about akidah..

sebelum aku menjejakkan kaki ke bumi barakah Darul Quran

sumpah aku tak tahu apakemendenye aqidah ni??

aku asyik dengar orang cakap macam ni

"weh kalau kau buat macam ni boleh jatuh aqidah tau!"

contoh yang ada dalam movie atau drama

tapi adakah mereka memahami sedalam-dalamnya maksud aqidah??

atau sekadar menghafal skrip??

hari tu adalah program Inspire dekat Darul Quran

program ni die menjelaskan apa maksud aqidah

apa maksud akhlak

bukan semua orang tahu pon apa maksud benda ni semua

kalau tahu pon mungkin tak mendalam sangatlah ...

am i right??

ok...now i will give the defination of aqidah

dari segi bahasa Aqidah bermaksud

Simpulan iman ataupun pegangan yang kuat atau 


satu keyakinan yang menjadi pegangan yang kuat


Manakala dari segi istilah pulak...

Kepercayaan yang pasti dan keputusan yang muktamat tidak bercampur dengan syak


atau keraguan pada seseorang sama ada aqidah yang betul atau sebaliknya


so you got it??


asas aqidah seseorang itu terdapat pada rukun iman


rukun iman itulah yang menjadikan seseorang muslim berpegang kepada


aqidah islam atau tak


1) beriman kepada Allah


2) beriman kepada malaikat


3) beriman kepada kitab


4) beriman kepada rasul

5) beriman kepada hari kiamat

6) beriman kepada qada dan qadar

so adakah anda faham secara umumnya?


MARA VS DQ?

SALAM semua....
hari ini aku nak bercerita pasal taraddud

taraddud??? 

apekemende tu??

jenama baju ke?

makanan ape tu??

taraddud means berbelah bagi

terus terang aku cakap aku memang taraddud yang teramat lah lepas dapt result ari tu

nak keluar DQ ke tak nak??

2 roomate aku dah cabut awal2 lepas dapat result ari tu

nak dijadikan cerita..hari tu adalah aku isi borang mara

dan sebelum tu memang ak dah letak sepenuh tawakkal kepada Allah

"ya Allah..kalau mara ni terbaik u aku maka kau dekatilah ia kepada ku

dan jika mara bukan yang terbaik untukku maka kau jauhkanlah ia daripada ku"

surat yang perlu gune handwriting dah dihantar siap-siap ke mara

sekarang tinggal permohonan atas talian

sumpah..sepanjang aku isi borang mara ni 

hanya kesulitan je yang aku alami

nak dipendekkan cerita...

permohonan atas talian aku tak diisi pon sehingga tarikh tutup permohonan tu

sebabnya???

abang aku cakap email ak salah doe

sumpah..selama ni ak tak pernah tahu email ak ade .com.my

aku dah banyak kali telefon mara...

first2 aku kol and aku cakap lah kat die yang aku ni tak dapat email pengaktifan

bila ak tak dapat lagi...aku kol lagi..

tapi lepas tu..terus mara dah tak angkat

dye cakp pegawai busy la...

bla..bla...bla...

aku hanya mampu tersengih...

mungkin inilah yang terbaik untuk aku

dan mungkin ini jawapan Allah kepada aku

selepas aku mendapat result spm..

aku dah pernah istkarah

dan ALLah bagi petunjuk kepadaku untuk stay di DQ

mungkin ALLAH nak jaga aku

nak jaga akhlak aku..

moral of the story..

setiap apa yang kita lakukan..

istkarahlah jalan penyelesaiannya

mintaklah dengan Allah..

Insya-Allah..dengan setiap keputusan tu..kita takkan menyesal..

dan jika sebaliknya kalau kita tak istikarah

aci main redah je

mungkin kita akan menyesal dengan keputusan yang telah kita lakukan

kerana apa??

kerana tidak mendapat keredhaan Allah

wallahualam

yeah...i'm totally like this statement...

berapa ramai wanita yang berada diluar sana yang pakai tudung

tapi TAK MENUTUP AURAT

boleh dibilang dengan jari sahaja wanita pada zaman ini yang menutup aurat..

tak kurang juga dengan wanita:

"tutup aurat tapi berakhlak buruk"

nauzubilah..moga2 kita dijauhkan daripada ni semua

pernah tak korang dengar statement ni?

"walaupun aku tak tutup aurat tapi hati aku baik..aku sedekah,solat,puasa"

"tudung labuh tapi akhlak mengalahkan syaitan  buruk"

bercanggah kan??

pernah tak korang terpikir kenapa orang yang bertutup lingkup tapi perangai tak melambangkan Islam??

punca utama adalah solat

kalau solat kita terjaga

cukup rukunnya

dengan khusyuknya

insyaAllah akhlak kita akan terjaga

jadi..ayuh kita sempurnakan solat kita terlebih dahulu

kerana solatlah yang akan membentuk akhlak kita

dan solat jugalah yang akan menjadi hitungan pertama di hadapan sang Pencipta nanti

jadi??apa tunggu lagi??ayuh kita sama-sama jaga solat kita..


Monday, March 19, 2012

wanita zaman ini


inilah hakikatnya wanita zaman ini...

pakai tudung tapi pakaian mencolok mata...

adakah kita sebagai wanita ingin menjadi salah seorang daripada mereka..??

jadi..manakah pilihan anda???

islam

Islam....

berapa ramai umat islam dalam dunia ni???

tapi berapa ramai orang yang mengamalkan islam sepenuhnya...???

Allah berfirman dalam surah Al-Baqarah juzu' 2..

"wahai orang-orang yang beriman,masuklah kamu kedalam Islam secara keseluruhannya,dan janganlah kamu 

mengikuti langkah syaitan.."

lihat..???

Allah sudah memerintahkan kepada kita supaya masuk ke dalam Islam secara keseluruhan..

bukan separuh-separuh...

cuba kita lihat dunia umat islam sekarang???

berapa ramai yang mengamalkan islam secara keseluruhannya...??

dan kita termasuk golongan yang manakah??

mengamalkan islam suku-suku sajakah??

atau mengamalkan islam separuh sajakah??

atau mengamalkan islam secara keseluruhan berlandaskan Quran Dan Sunnah??

fikir-fikirkanlah wahai sahabat-sahabat sekalian..

berapa ramai umat islam hari ini yang menolak hukum hudud???

tahukan anda bahawa hukum hudud adalah hukum Allah yang termaktub dalam kitabnya???

aku terfikir...kenapa ramai umat islam yang menolak hukum ini???

Islam merupakan agama yang sangat syumul...

Islam bukan agama yang kejam...

Islam sangat adil...

aku berasa sangat sedih dengan umat islam sekarang ini..

sangat syahdu...

sangat sayu..

cuba banyangkan jika Rasulullah berada sekarang dengan kita??

aku yakin seyakin yakinnya..

baginda SAW pasti akan kecewa..

pasti baginda sedih..

melihat keadaan umat islam pada hari ini..

wahai umat islam sekalian..bangkitlah...

perjuangkanlah agama yang kita pegang ini..

Allahuakbar..





takde air???

salam to all readers...

pernah tak korang menghadapi masalah takde air???

mesti korang pernahkan...

disini aku nak ceritakan sedikit pengalaman aku ketiadaan air di selangor...

takde air memang sangat menyeksekan...

korang bayangkan kat sana xde air selama 2 hari...

lebih kurang macam tu jugaklah..

di suatu pagi...

aku bangun awal daripada biasa

dengan harapan air sudah ada..

aku bangun dan mencapai segala alatan mandi..

berjalan turun ke tingkat bawah..

dan seperti biasa aku membuka pili air...

nope...tiada air!!!!!

hati semakin menjerit...

macam mana nak mandi ni???

nak solat macam mana???

satu asrama aku pusing untuk mencari setitik air...waaa

aku kembali ke bilik aku dan bertanya kepada roomate aku..

aku mengekorinya..

aku terdengar bunyi air...

"air..air...air..." wah sangat excited...

aku melihat beberapa orang sedang menadah air di pili bomba...

what????pili bomba...

seumur hidup aku...aku tak pernah mandi menggunakan pili bomba..

aku mengopy perbuatan mereka,...

tulah pengalaman aku takde air..

pagi tu ribut sekai aras aku..masing2 sibuk memulas pili air bomba...

sampaikan air pili bomba tersebut abis...huhu

ganas...

dari situ aku belajar seseuatu...

kita harus bersyukur dengan apa yang kita ade....

kalau kita rasakan bahawa kita paling banyak diuji...

ingatlah bahawa lagi ramai yang menerima ujian yang lebih teruk darpada kita

so hadapilah segalah mehnah dan tribulasi dengan kesabaran

banyakkanlah berdoa...

sesungguhnya Allah takkan menguji seseorang itu melainkan Allah tahu kita boleh menghadapinya...

Wednesday, March 14, 2012

kesabaran

Aku berjalan perlahan-lahan ke arah dewan makan bersama-sama teman-temanku..

seperti biasa kami akan beratur untuk mengambil makanan..

sedang aku berbual kosong dengan temanku

tiba-tiba aku terlihat satu suasana yang sangat menyayat hati..

sku sangat-sangat tersentuh..

aku melihat seorang senior sedang memimpin orang OKU

aku sangat-sangat tersentuh di kala itu

aku melihat gerak-geri mereka..

aku juga melihat ke arah senior OKU tersebut..

memandangnya sudah cukup membuatkan aku bersyukur dengan segala nikmat Allah

aku terfikir...

tanpa penglihatan..

bagaimana dia boleh hidup???

aku melihat bajunya..

siapakah yang menggosoknya????

aku terfikir...

aku berfikir sejenak...

aku melihat senior aku di sebelahnya...

sungguh mulia kakak tersebut...

aku melihat dia sentiasa memimpin kakak oku tersebut..

begitu juga senior-seniorku yang lain,,,

mamapukah aku menjadi seperti mereka??

membantu orang lain tanpa merungut di kala senang atau susah??

Ya Allah berikanlah kekuatan kepadaku..

dan yang paling penting adakah aku bisa menghadapi segala mehnah dan tribulasi selepas ini??

bantulah aku Ya Allah...

Sunday, January 22, 2012

tea o ais tanpa gula??

alkisah..pada hari khamis.

hari khamis di Darul Quran seperti berada dalam bulan ramadhan.

even dewan makan pon tak bukak pada siang hari..

nak cakp wajib puase tu tak lah jugak..

tapi sape2 yang tak nak puasa tu pandai-pandai lah survive sendiri..

got it??

sementara menunggu azan dilaungkan..

aku n syidah n asmaa'

decide untuk pergi beli air yang sejuk+air batu

pergh...

aku mula menempah air..

aku asyik memerhati si pekerja membancuh air tea o ais..

si pekerja memberi minuman tersebut kepadaku..

aku sedikit tercenggang...

"eh...dia letak tak air gula tu???"

aku bertanya kepada syidah..

aku konfius...

sebab sepanjang pemerhatian aku..

si pekerja tidak pernah memasukkan air gula tersebut ke dalam minuman kami

Syidah: "awak tnyelah dia..."

aku: "malulah,..kan kita salah kan malu lah plak.."

aku pon bertanya kepada sahabat aku yang berdiri di satu penjuru..

aku: "boleh tak tolong rase air ini???"

si kawan mula menggapai straw dan menyedut minuman tersebut

si kawan: tawar..tersngat tawar...!!

fuh lega...

mjur ada si kawan

kalau tak kitorng minum air tanpa gula lah..

aku: "saya rase cam tak letak je air gula lam air ni"

aku mula bersuara kepada pekerja yang sibuk membancuh air itu

pekerja: "owh ye ke??"(sambil ketawa)

"mintak maaflah..kita manusia mesti ada silap

tak perasan tadi..dah rase ke airnya?"

aku: "yup"

dia mengambil air yang aku hulurkan..

syukurlah..

lau tidak kami berbukak puase dengan air teo ais tanpa gula!!!

kehidupan di Darul Quran

Tanggal 4 Januari aku menuju ke Bumi Barakah Darul Quran

Hati aku sangat rungsing..

Hati aku sentiasa berdebar..

pelajar Darul Quran pasti sangat hebat

ya..mahasiswa dan mahasiswi darul quran sangat hebat

aku sangat kagum dengan mereka semua

Hari first ke bumi barakah darul quran..

angin sepoi-sepoi bahasa menyambut kami..

selama seminggu kami serta minggu haluan siswa...

dan tiga hari untuk program syabab

sangat mantap..

aurat keislaman sangat kuat

Subhanallah..

aku pun sangat seronok berada di sana

di Darul Quran lah aku baru mengerti...

apa itu ukhuwah..

apa itu wihdah..

manisnya ukhuwah apabila berlandaskan keimanan..

betulkan???