Friday, December 24, 2010

 ran and shinichi kudo
 shinichi kudo
 conan and ran
conan 

ak suke sangat ngan cite ni
bes sangat..menceritakan tentang cara shinichi kudo menyelesaikan kes
bes...rugi tau lau tak tengok
 shinichi kudo comel sangat
ak suke lah walaupun kartoon..
lau tengok yang movie lagi bes
jangan lupe tengok
sape2 yang ade astro dirumah jangan lupe tengok cite ni lam astro ceria ..
hehehe

Thursday, December 23, 2010

result..

OMG...result ak teruk sngt
boleh dikategorikan result teruk jugaklah
dapat 5a je lam final exam..wawawa
bdak lain lam kelas ak ade yang dapat 7a ..(dalam hati jelesnye)
nak buat cam mane..diorng memang bijak n ak ni bese2 je..
huhuhu..ak dapat num 21 daripada 23 lam kelas.
p lau lam form ak dapt num 21 daripada 65
wahahaha...macm mane ek orng boleh dapat result ok ek macm tuan,asmaa' tu
nak jugak jadi cam diorng
orng bijak kan
nak buat macam mane

erm...pasal result pmr lak
tak sangka lak diorng dapt gempak tahun ni...
36 orng 9a. 3 orng 8a, 1 orng 6a n 1 orng 5a..
erm not bad
tapi sedih r sbb diorng mengalahkan batch kitorang
mesti semua ckg2 gembira ngan result diorng kan
terima kasih buat ckg2 n pelajar n tak lupa juga u nota dididng
ak takkan lupakan pasal tu
pasal semua nota tu..
ak sbnrnye kurang sukalah lau ade yang meniru lam exam
diorng tak tahu ke ape tujuan exam??
exam tu nak tahu macm mane pencapain kitA yangbelajr selama setahun ni
kalau meniru buat ape gak
tak usah lah nak dibnggakan dengan kejayaan korng tu
lau tak mendapt keredhaan Allah n lau dengan penipuan sndiri
ak nekad ak tak nak meniru lam semua exam(selama ni pon ak tak pernah meniru)
korng nak result yang top tapi krng mals usaha....ape ni
macm bdak2 r...
klah..ak chow dulu..

Friday, December 10, 2010

nasyid

bile teringat nasyid...ak rse cam nak gelak je.
lucu yang amat
korng bayangkan ak jadi solo nasyid mase pertandingan isra' mikraj
fuh..tu la first time ak jadi solo kat skul menengah ni
ade jugak pernah ak jadi solo tapi 2 baris je ambik mase form2 dulu
ni ak nyanyi memang panjang gler r
huh...ak memang nak stop doh masuk nasyid lepas ni.dh resign!!haha
ak tak sangke r ustaz solah boleh pilih ak jadi solo
suara pon macm katak je
padahal ramai ag suara yang sedap
hayati tu suara power..tapi tak jadi solo
huhuhu
mase time raptail(betul ke tak au ak ngeje nih)
memang disuke dek orng la
nak buat macm mane 
suara dah la tak sedap..lepas tu tak de muzik lak..alahai malu2..
pastu yang buat orng ketawa ak ngan dah saling tolak menolak mike
hahaha
macm takut je ngn mende tu...padahal bukan ape2 pon,...abis semua orng gelak
mase pertandingan tu kan
smua peserta adalah lelaki n juz skul ak je perempuan..
wahahaha..dah la takde muzik
ustaz solah sangat berharap supaya kitorng menang
tapi kan...semua salah ak..suara tetibe je problem
dah plak tak ingat lirik
gler r
ak memang tak leh nak back up mase tu sbb ak pon blur..sian kat dah
maafkan ak
ustaz pon sendri sedih..waaaaa
sedihnye bile mikir balik..
kalah teruk
smua imtiaz lain dapat markah 9o ke atas
tapi skul ak dapat 60 ke atas je
waaaaaaa
memalukan je
betul tak??
malunye!!

Thursday, December 9, 2010

alkisah ketika renion

lau ingat sal reunion memang malu gler beb
ak sorng je lain dari diorng
segan r nak bergaul dengan diorng
yelah kan,ak sorng je sekolah agama
yang lain ade yang sekolah MRSM la
ade jugak yang skul agama tok jiring
tapi kan diorng tak sama ngan ak
lau nak kira ak pergi kat renion tu dapat gelaran paling alim tau!
lau kat skul mane ade ak dapat gelaran macm tu beb!
ak juz dapat gelaran orng yang megang skit..
tu jelah gelaran ak kat skul
sbb ak ni suke wat hal skit haha
ak rse cm menyesal r g renion tu
memang teruk gler r pemakaian kawan2 ak..
sedey rase
kenape diorng tak leh nak berpakaian macm ak??
salah ke lau tutp skit aurat tu?
tak salah kan?
tapi begitulah bdk2 zaman sekrang ni.
suke sangat pinjam baju baby
harap2 korng2 semua tak lah macm ni ek
jadilah muslimah yang diredhai Allah..amin..

jangan kacau ak lah

erm..kenape ek lam dunia ni ade orng yang tak paham bahasa n tak teri bahase ek??
bosan dah ak...
dye asyik kol n mesej kat ak..
tak pham ke lau ak tak layan dye??
takkan tu pon nak ckap
pastu kirim posmen lak kat ak suh bals mesej dye
ape kelas suh ak balas mesej ko..
lau ak tak bals mesej tu maknenye ak dah tak nak layan ko..
kenape lah ko masih kacau hidup ak
lau ak pikirkan se nak tukar je num bru
serabut ekpom dengan num2 yang tak dikenali
wat bazir kredit je
lau korng ape yang korng buat ??
tolonhlah ak!!

Friday, December 3, 2010

cincin?

Sekarang ni ramai yang pakai cincin....tapi ikut suka dia je..

sunnah nabi jarang nak ikut ..

Dikatakan bahawa menyimpan sebatang jari kuku yang panjang, dosanya sama seperti memelihara sekandang babi !!!! ..oppss khinzir lembut sikit , jika kesemua jejari kita menyimpan kuku yang panjang.... bayangkanlah dosa yang telah kita tanggung untuk kesemua babi-babi tersebut..... potonglah kuku anda.

The Truth

Jangan ada niat simpan kuku panjang , walaupun hanya 1 mm atau pun hanya jari kelingking. Bagi orang Islam adalah tidak sesuai berkuku panjang atas apa alasan sekalipun kerana ia tidak membayangkan kesucian dan ia juga bukan budaya kita apatah lagi menggunakan tangan untuk beristinjak.

Orang Melayu yang berkuku panjang biasanya mempunyai anak yang bodoh atau pun degil dan suka melepak sebab diberi makan bahan kotor yang berada di kuku jari emaknya semasa menyediakan makanan seperti memerah santan kelapa, buat cokodok pisang, uli tepong, dll. Apa ilmu pun yang di ajar pun tak akan boleh diterima masuk ke dalam kepala.

Percayalah.

Untuk yang bujang beringat lah. Kalau hendak cari pasangan dan mahu anak yang pandai dan mendengar kata pilihlah wanita atau lelaki yang sentiasa berkuku pendek. Insya-Allah.

Additional info

Kuku panjang mempunyai sejenis kuman seperti yang terdapat dalam najis manusia, iaitu E-Coli. Kuman tersebut tidak akan hilang walaupun kita mencuci tangan dengan sabun. Oleh itu, sentiasalah berkuku pendek untuk kesihatan dan kebersihan diri sendiri. Ini tak termasuk korek taik hidung, telinga dan sewaktu dengannya..

Nasihat Nabi Muhammad Saw. kepada Saidina Ali rhu. sesudah bernikah dengan Siti Fatimah iaitu anakanda kesayangan , Nabi Muhammad Saw. berpesan kepada Saidina Ali iaitu kalau memakai cincin pakailah di jari

1] jari manis 2] jari kelingking (anak jari)


dan jangan memakai pada jari 1] jari tengah 2] jari telunjuk

Nabi Muhammad saw. melarang kerana memakai cincin pada jari telunjuk dan jari tengah adalah meniru cara berhias kaum yang dilaknat oleh Allah iaitu kaum yang derhaka di zaman Nabi Lut a.s.

Perhatian

Cara memakai cincin adalah termasuk lelaki atau pun perempuan.

p/s: saudara dan saudari, sila nasihatkan kawan-kawan dan jugasaudara- mara ataupun anak-anak tentang kaedah yang betul untuk berhias di dalam syariat Islam, kalau tidak sia-sia saja kita mendapat laknat dari Allah Swt. Nabi saw. memakai cincin dan kalau kita memakai cincin dengan niat mengikut sunnah Nabi saw. senang je kita dapat pahala.

kisah benar..


  Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.

     Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih,badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa.
Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu,wajah jenazah semakin hitam.

     Selepas lima minit berlalu,barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya; apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.

     Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz,” kata wanita itu. “Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya.” kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya.

“Betulkah ini mayat anak mak cik?”tanya saya.
“Mak cik rasa betul… tapi kulitnya putih.”
“Makcik lihatlah betul-betul.” kata saya.
Selepas ditelitinya jenazah berkenaan, wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat.
Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
“Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?” tanya saya.
Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak. Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab. Dia seperti menyembunyikan sesuatu.

     “Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu, saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. ” kata saya untuk menggertaknya. Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya. Sambil mengesat airmata, dia berkata,
“Ustaz, anak saya ni memang baik, patuh dan taat kepada saya. Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja, dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun. Dia memang anak yang baik.
Tapi…” tambah wanita itu lagi
“apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang, Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik. Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai, dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang, anak makcik ini akan terus naik angin. Itulah yang mak cik kesalkan.” kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya. Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang, maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya. Mungkin itulah yang berlaku. Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya, malah diaibkan dengan warna yang hitam. Selepas menceritakan perangai anaknya, wanita tersebut meminta diri untuk pulang. Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap. Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula. Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam. Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah, saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.

     Selepas memperkenalkan diri, saya berkata, “Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari. Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang.”
Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,
“Orang tua mana pula?” katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya, wajahnya,tuturannya serta pakaiannya.
“Kalau wanita itu yang ustaz katakan, perempuan itu adalah emaknya, tapi…. emaknya dah meninggal lima tahun lalu!”
Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi. Jadi ‘apakah’ yang datang menemui saya pagi itu? Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya, saya yakin ia adalah ‘sesuatu’ yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam. Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.
Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi, yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja, dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun. Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia. Kalau 80,000 tahun?

Thursday, December 2, 2010

kenape korng kutuk Islam??

salam..
disini ak nak kongsi something ea
semalam adelah kawan skul rendah ak
dye suh ak bukak lah satu fb ni
name fb tu ialah
green zand
terkejut sangat bile tengok fb tuh
dye kutuk AGAMA ISLAM
memang tak patutlah dye buat macm tu
pstu dye tulis kat komen kat wall dye tu
"kenape orng islam nak marah apabila dikutuk?"
kenapelah ye tnye soalan mcm tu
ape yang diorng nak sebenarnye
macam2 dye kutuk pasal islam
pasal Al-Quran lah
pasal Nabi Muhammad
memang tak sangguplah lau bace
kurang ajar sangat
ape yang diorng nak sebenarnye
salahkah kalau biarkan agama islam bahagia
kenape lah diorng boleh timbulkan pasal ni
pernah ke kite tengok orng islam buat fb untuk kutuk tuhan diorng??
pernahkah anda melihatnye??
so pikir2kanlah
dunia akhir zaman
macm2 boleh berlaku sekarang ni
so kite sebagai umat islam haruslah berjage2 dengan jarum sulit orng kafir
berhati-hatilah!!


Wednesday, December 1, 2010

ini benar!!

BERITA SAHIH / RIBENA ADA KANDUNGAN ARAKShare. Tuesday, July 27, 2010 at 2:31am
LONDON : Pemimpin Islam di Birmingham menggesa diadakan rombakan menyeluruh dalam undang-undang pengguna selepas kemunculan berita menggemparkan bahawa dua minuman ringan kegemaran mengandungi arak.
Birmingham Post semalam melaporkan ramai peniaga membuang stok Ribena dan Lucozade selepas penggun! a mendapati ramuan perisa air minuman itu mengandungi arak meskipun pada paras yang rendah. Peraturan makanan tidak mensyaratkan pengeluar produk itu, Glaxo-SmithKline menyenaraikan arak pada bungkusan minuman itu kerana kandungan arak itu pada! kadar yang rendah.

Bagaimanapun, umat Islam yang diharamkan daripada meminum arak mendakwa semua minuman ringan seharusnya dilabelkan dengan jelas jika ada ramuan yang bercampur arak meskipun amat sedikit. Empat tahun lalu, Walkers, sebuah syarikat makanan, menukar label pada bungkusan kerepeknya selepas akhbar Birmingham Post mendedahkan snek keju dan bawangnya
mengandungi ekstrak lembu tidak sembelih. Kandungan arak dalam Ribena dan Lucozade adalah kurang daripada 0.1 peratus tetapi umat Islam memberitahu Birmingham Post bahawa mereka kecewa selepas mengetahui bahawa mereka sejak sekian lama meminum arak meskipun pada paras yang teramat rendah.

Pengerusi Masjid Jamik Birmingham, Dr Mohammed Naseem menyuarakan rasa terkejutnya kerana undang-undang itu masih membenarkan kandungan dalam makanan atau minuman tidak dinyatakan dengan jelas pada label.. 'Kita amat kecewa kerana sebelum ini umat Islam menganggap minuman ringan seperti Ribena dan Lucozade ini halal tetapi sebaliknya,' katanya.
Pekedai yang juga anggota Persatuan Peniaga Ladypool, Mohammed Zaman Khan berkata penjualan Ribena dan Lucozade jatuh mendadak sejak beberapa minggu lalu dan beliau memastikan produk itu tiada pada rak kedainya.

Jurucakap Glaxo-SmithKline memberi alasan label minuman dan makanan pasti tidak dapat dibaca jika peraturan mensyaratkan semua komponen bagi penyediaan makanan itu dinyatakan. 'Sesetengah bahan perasa mengandungi lebih 50 komponen. Kami amat sensitif dengan keperluan budaya pengguna dan cuba menangani isu itu jika ia dimaklumkan kepada kami,' katanya.

Beliau mengakui minuman tenaga Lucozade berperisa asli, limau, tropika dan sitrus mengandungi paras rendah arak begitu juga deng! an lima perasa yang disediakan untuk Ribena.. - Agensi