hari tu sebelum IQRaC sem 1 yang join kelas tasmi tambahan balik ke kampung halaman masing-masing, malam last skali ayong (naqibah aku) adelah buat usrah dekat-dekat pukul 12 malam..kat dq usrah tak kira mase...kadang tu ada je yang usrah sampai kul 3 pagi..tido same2 dengan adik-beradik usrah,and banyak lagilah aktiviti usrah kat sana. Di Darul Quran lah baru aku mengenal apa itu usrah, dan betapa seronoknya join usrah ni...kalau di imtiaz dulu aku rase aku sangat liat nak join buat usrah walaupun aku ni naqibah di imtiaz..hoho...tak patut betul kan..di darul quran, kalau ayong atau along tak buat usrah dalam masa seminggu mesti kitorang sibuk2 merengek dekat along and ayong..."along,ayong bila kita nak berusrah??" see??sangat berbeza dengan imtiaz...
nak dijadikan ceritanya, masa malam last sebelum kitorang balik, ayang (afifah mamad yaidi) adalah share satu kisah ni dekat kitorang semua, dan aku sangat tertarik dengan kisah ini jiwa ini sangat terkesan..
tersebutlah kisah.....ayang mula start bercerita...
pada zaman dahulu kala(ala-ala kisah dongeng gitu)
di sebuah rumah terdapat seorang bapa yang mempunyai 3 orang anak dan seorang isterinya yang sangat menyayanginya kerana ayah meraka seorang yang baik,penyayang ,soleh dan macam-macam lagilah.Suatu hari si ayah ni dia terpaksa pergi overseas dan meninggalkan anak2 dan isteri tercinta untuk mencari rezeki. Anak2 dan si isteri sangat sedih namun mereka tetap merelakan pemergian ayahanda tercinta untuk mencari sesuap nasi..
sebulan telah berlalu...
si ayah masih belum pulang ke tanah air..namun si ayah masih belum melupakan keluarganya yang tercinta lalu mengirim surat kepada keluarganya..Anak2 sangat gembira tatkala ayahanda mereka telah mengirim sepucuk surat kepada mereka. Oleh sebab mereka terlalu sayang kepada ayah mereka mereka langsung tidak membuka hatta membca surat tersebut dan menyimpannya di dalam sebuah kotak.Begitu jugalah keadaannya apabila mereka menerima surat yang seterusnya daripada ayahanda di perantauan...
setahun telah berlalu..
si ayah pun pulang ke tanah air kerana urusan pekerjaannya di sana telah selesai..apabila dia menjejakkan kaki ke rumahnya dia mendapati hanya anaknya yang bongsu sahaja yang berada di dalam rumah mereka itu..maka berlakulah perbualan antara mereka(ayat macam skema tahp ape je)
ayah: wahai anakku kemanakah ibu kamu?
anak: ibu telah meninggal dunia dua bulan selepas pemergian mu kerana sakit tenat.
ayah: bukankah ayah sudah kirimkan wang bersama-sama surat pertama dahulu?
anak: err.....kami tidak tahu bhawa ayah telah kirimkan duit kerana kami tidak membuka surat itu..
ayah: kenapa kamu tidak membacanya ~dengan nada kesal~ lalu kemanakah perginya abang mu?
anak: abang telah terjebak dengan gejala sosial.dan dia sudah tidak pulang ke rumah semenjak 3 bulan y lalu
ayah: dalam surat kedua ayah telah beri nasihat kepada anak-anak ayah supaya tidak terjebak dengan gejala yang tidak sihat.
si anak terdiam kerana sedar akan kesilapan mereka.
ayah: kemanakah perginya kakak mu?
anak: kakak pula telah ikut seorang lelaki dan mereka telah berkahwin sebulan yang lalu tetapi.....
ayah: tetapi.....???
anak: kakak telah bunuh diri kerana tertekan dengan suaminya yang melayan dirinya seperti binatang..
ayah: surat yang ketiga ayah telah nasihat kamu semua agar memilih pasangan yang elok agar terjamin masa depan kamu semua..
si ayah sangat kesal dengan apa yang terjadi dengan keluarganya sekarang..the end...
the moral of the story....
surat itu ibarat AL-QURAN yang telah diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW.
Di dalam kitabNya, Allah dah bagitahu macam-macam dan petunjuk kepada kita.so semuanya bergantung kepada kita..sama ada nak simpan Al-Quran dalam almari, atau sekadar baca sahaja tanpa pemahaman yang mendalam, atau memahami apa yang termaktub dalam Quran serta mengamalkannya..renung-renungkanlah,kita berada dalam golongan yang mana?
Kalau kita betul-betul faham apa yang ada dalam Quran serta mengamalknnya..insyaAllah diri sendir akan terpelihara. Bukan sekadar mengamalkannya sahaja tapi hendaklah sampaikan kepada masyarakat yang berada di zaman fitnah ini, tak semestinya orang yang ambil course agama sahaja yang perlu berdakwah tapi wajib ke atas semua umat islam untuk sama-sama berdakwah.wallahua'lam
No comments:
Post a Comment