sepanjang aku berada dua minggu di darul quran untuk join kelas tasmi' tambahan aku adalah baca buku BEDUK DIKETUK karya ustaz Pahrol Mohamad Juoi. Dan inilah first time aku baca buku beliau sebab aku ni bukan minat sangat dengan baca buku ni tapi semenjak menjejakkan kaki ke Darul Quran, aku mula mencari inisiatif sendiri untuk top up kan thaqafah
aku suka statement beliau yang ni!
'kalau kita nak perbaiki DUNIA, kita hendaklah memperbaiki MANUSIA, jika kita hendak memperbaiki manusia, kita hendaklah memperbaiki HATInya, dan jika kita hendak memperbaiki hati-hati manusia maka hendaklah kita mula memperbaiki SOLATnya..'
YA!aku sangat suka akan statement ini. Dalam buku beliau kebanyakan nya beliau sentiasa sentuh bab solat. Cubalah korang semua baca buku tersebut dan korang takkan rugi kerana korang akan dapat sesuatu yang sangat bermakna.
Solat?
berapa ramai umat Islam hari ini yang betul-betul menitik beratkan pasal solat??
berapa ramai umat Islam hari ini yang betul-betul cukup 5 waktu solat sehari semalam?
dan berapa ramai umat islam hari ini yang lebih pentingkan solat daripada urusan dunia?
boleh dibilang dengan jari sahaja wahai umat manusia sekalian!
Dalam kehidupan yang paling utama adalah solat yakni beribadah kepada Allah
'Tidak Aku ciptakan manusia dan jin kecuali untuk beribada kepadaku'
jika Baik solat seseorang itu yakni menjaga waktu solat,khusyuk, maka baiklah akhlaknya..
jika buruk solatnya yakni sentiasa melengah-lengah kan solat serta meninggalkan solat, maka buruk jugalah akhlaknya
ORANG YANG SOLAT TAK SEMESTINYA BAIK, TAPI ORANG YANG BAIK SEMESTINYA SOLAT DAN MENJAGANYA
ORANG YANG MENUTUP AURAT TAK SEMESTINYA BAIK, TAPI ORANG YANG BAIK SEMESTINYA MENUTUP AURAT
wallahu'alam
No comments:
Post a Comment