Thursday, June 14, 2012

Kita hanya merancang dan Allah sahaja yang menentukannya

SALAM..^_^

today i would like to share to all of you about mylife.....(ceh bajet speaking)


Dah: Madi..mg isi dop agi permohonan untuk DQ?? aku dengar bukak dah permohonan tu.

Aku: ye ke?? bakpe sekoloh kite dop royak mende pon??

Dah hanya mampu mengangkat bahu dan aku pon mengajak Dah ke makmal komputer untuk mengisi borang tersebut. Almaklumla,aku ni masih budak sekolah menengah mana boleh bawak laptop sesuka hati.
Sampai di makmal komputer, kami pon mengisi borang tersebut. dan alhamdulilah aku sempat mengisi borang tersebut sebelum waktu rehat tamat dengan print sekali, tapi Dah pulak yang masih belum siap-siap lagi sebab komputer ada masalah.huhu,,..Dah yang mengajak aku isi dan aku pulak yang siap dulu

Darul Quran...

First time aku dengar nama tu waktu aku form 2

"kakak nanti lepas SPM kakak masuk Darul Quran kat Kuala Kubu la"

aku hanya mengangguk.mungkin umi tak ingat kata-kata tersebut tapi perkataan tersebut masih segar dalam benak otak aku.dan second time aku dengar bila kak Aisyah Zul datang sekolah nak promote pasal DQ dan hati aku mula tertarik dengan DQ..tengok video sahaja pon dah nampak biah solehah kat sana..Ya Allah...

Keesokan harinya, cikgu Bahar (kaunselor sekolah) dan Cikgu rusiati (mantan kaunselor dan merupakan PK HEM) membuat perjumpaan dengan f5 selepas perhimpunan.

Cikgu Bahar: Borang permohonan Darul Quran dah keluar so siape-siapa yang nak isi boleh pergi ke makmal komputer ye..

fuh...aku mengeluh, apasal la sekolah ni selalu je lambat sangat nak bagitahu pengunguman penting ni..dah nak tutup dah permohonan tu. Di asrama, dalam kelas semua asyik borak-borak pasal Darul Quran dan alhamdulilah ramai jugak yang memohon.Kitorang just tunggu keputusan interview keluar.

Hari keluar keputusan interview..

Sab: weh ari ni Bie (junior aku) kabo keputusan DQ keluar..meh IC semua Bie nak tolong check.

memandangkan minggu tu semua adik-adik balik so Bie lah yang tolong kitorang sidikit sebnyak yang berkaitan dengan DQ

Sab: weh dop boleh la ..semua orang takleh inteview...

kawan: ye ke?? ke ye tak nak bagi budak Imtiaz masuk??

macam-macam persoalan yang keluar dari benak otak kami.

Sab: Bie royak sekoloh abang ye (SAMBEST) pon semua takleh..80 lebih mintak semuanya tak boleh..

mustahil kan? mungkin sistem tak betul kot.lalu kami pon tunggu la dalam beberapa hari..

Sab: keputusan interview keluar dah..Aku nak tepon Bie ea..meh kat aku

kantoi bawak henset.haha..Dan Alhamdulilah aku adalah salah seorang yang diterima untuk di interview.
Kami pon mula sibuk kol mak bapak masing-masing dan termasuk aku sekali sebab sijil-sijil semuanya ada kat rumah buat harta pusaka. Aku dan Ainsyah mula mengumpul semua IC dan dokumen-dokumen yang diperlukan untuk interview untuk di cop . Dan kamilah yang tukang mengecop semua sijil-sijil dan PK HEM just tolong sign je,. Seharian jugalah aku dan Ainsyah lepak lam bilik PK HEM yang ber air cond.Maklumla kat dalam kelas mana de pakai air cond macam masa form 1 dulu.

Dipendekkan cerita, kami semua telah selesai dinterview walaupun terpaksa mengharungi segala mehnah dan tribulasi. Time interbiew tu aku kena hafal surah Al kahfi ( bukan satu surah doe) satu muka surat je. Tapi..aku ni nama je penghafal Al Quran dan telah khatam time f4 dulu..tapi langsung tak masyi macam Rasyidah Afdzal, Tuan Ainsyah,Nadhirah dan semua orang la.Time tu hanya Allah je yang tahu betapa susahnya aku nak hafal ayat tu. Menghafal yang baru lagi mudah daripada mengulang tau!!

Masa terus berlalu..Siang mengganti malam dan malam mengganti siang.

dan tibalah juga tarikh keputusan DQ keluar. Aku berdebar-debar dan sekali lagi sistem tak betul dan takde sape-sape pon yang boleh DQ. And then satu hari tu Aisyah Nafisah kol aku

aisyah: Madi bagi IC.nak check Dq ni..

aku pon juz bagi..tiba-tiba aku mendapat mesej daripada Rasyidah Afdzal (time tu SPM so takpelah nak bwk henset pon)

"MADIE TAHNIAH..AWAK DAPAT MASUK KE DARUL QURAN"


Aku tersentap.Aku tanya syidah berulang kali dan hanya 3 orang sahaja yang diterima masuk ke DQ.aku,syidah dan Asmaa'. tiba-tiba aku teringat istikarah aku sebelum aku pergi interview ari tu.Semasa tidur aku terdengar satu suara yang membisik di telinga aku "DQ!DQ!DQ!" 3 kali suara tu membisik di telinga aku dan aku terus terbangun daripada tidur. Masya Allah..mungkinkah ini petunjuk daripada Allah ??

kembali ke alam realiti. Aku mengurut tengku yang pening kepala dan sambil memikirkan DQ. Aku hampir menangis. Ya Allah adakah kau mahu memberi aku peluang kedua supaya aku dapat menjaga Al Quran yang aku pegang? Dan mungkin juga engkau mahu aku mengubah akhlak buruk aku ni..Apa yang aku mampu buat hanyalah sujud syukur.

Lepas SPM aku mula sibuk menguruskan kemasukan ke DQ. Medical check up,borang-borang terpaksa aku selesaikan.Aku masih lagi termenung memikirkan adakah keputusan aku ni betul? Aku terus jua langkah ku tanpa berpaling ke belakang.

tanggal 4 January 2012 kami sekeluarga bertolak ke Selangor kira-kira pukul 2 pagi.dan matlamat kami untuk sampai ke DQ sebelum pukul 10 untuk mendaftar.Angah aku memecut kereta FORD EVEREST milik ayahku dengan 150 km/j .rasa ala-ala nak terbang gitu. Kami telah pun sampai ke destinasi tapi malangnya kami tersesat.haha terpaksa tanya polis. Aku menaip mesej kepada Rasyidah

"Syidah meh kite lumbe sape sapa lu..hehe..."

Syidah dah bertolak ke Selangor 2 hari sebelum tu lagi Asmaa plak kali ni tak perlu risau sebab dia memang duduk dekat Gombak..Kami pulak yang akan merasa naik turun bas untuk pulang ke kampung.

Akhirnya aku berjaya menjejakkan kaki ke bumi barakah Darul Quran. Alhamdulilah kerana kami telah selamat sampai. Panas terik dan angin yang kuat telah menyambut kedatangan kami ke situ. Angin dia memang sangat kuat dan nyaman lebey-lebey lagi ada tasik kat situ dan menambahkan lagi keindahan di DQ di tambah dengan bukit-bukit yang tinggi nung di belakang sana. Mungkin bukit Frezer kut (aku hntam je)

Daftar sudah. Minggu Orientasi yang sangat menyeramkan pon sudah. Ditambah pula Sinergy of Ulul Albab (SYABAB) sebagai penambah rase. Semakin perit. Di sana aku mengenal apa itu tarbiah. Dua program yang cukup menyeksekan sudah banyak mengajar aku tentang tarbiah,hakikat umat islam sekarang , dakwah dan macam-macam lagi. Kenangan minggu haluan siswa dengan syabab sangat manis tapi untuk mengharungi lagi sekali mungkin tidak!!

3 Bulan aku belajar di Darul Quran. Aku dapat banyak ilmu di sana. Ukhuwah kat sana  tersngat- sangat mantop dan aku pon tak pernah jumpa UKHUWAH seperti ini..KAMI BERUKHUWAH KERANA ALLAH.Kini tibalah masanya kami untuk mengambil keputusan SPM.Cukup mendebarkan memandangkan kedua-dua orang tua aku sangat mengharapkan kejayaan daripada aku.

Hari ni panjang pulak pengetua dengan Dato' Rosol berucap..mak aihhh...bila nak dapat result ni. Jarum jam menunjukkan ke angka 12. Ak memandang sekeliling. Rata-rata sahabat-sahabatku tidak ambik endah dengan pengetua dan Dato' Rosol berucap. Maklumla dah 3 bulan tak jumpa. Macam- macam la diorang sibuk bercerita terutama perempuan. Termasuk aku tapi aku turut memberi tumpuan kepada VIP di hadapan. Ambik hati.   Ibu bapa khusyuk mendengar.

Pengetua mengumumkan nama para pelajar yang merangkul 11A..
 
Tuan Nur Aisyah, Nur Dini Izzati, Nurul Qaniah, Nur Rasyidah, Asmaa', Nurhidayati, Firdaus Hamzah, Zahid dan Ilyas.

Dan aku?? tidak tersenarai dalam golongan tersebut. Sedih, Hampa, Tapi aku percaya dengan janji Allah. Mungkin ini yang terbaik untuk aku dan mungkin Allah tak nak aku riak dengan keputusan aku kalau aku dapat 11A .Sungguh Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu.

Nama setiap orang dipanggil untuk tampil ke hadapan. Dan aku juga risau, takut kerana nama aku dipanggil agak lewat juga kot.

"Madihah binti Sobree" cikgu Azian mula melaung nama aku.

Aku mula mengatur langkah dan menuju ke hadapan untuk mengambil result aku. Aku terkejut melihat keputusan aku itu. Boleh tahanlah..bersyukur lah dengan apa yang Allah kasi. Mungkin ini yang terbaik untuk aku.

Di rumah, umi seakan sangat kecewa dengan keputusan Biology aku kerana mereka sangat mengharapkan aku turut mengikut jejak langkah along aku. Doktor. Aku rasa mostly orang nak jadi doktor sekarang ni. mak aihh....Aku mula diasak supaya untuk keluar dari DQ dan masuk matrikulasi. Huhu..hati aku mula memberontak, Sedih tidak terkata. Aku mula menghantar mesej kepada Rasyidah  dan dia telefon aku. Aku hanya mampu menangis dan dia memujuk ku. Umi membuka pintu dan along mahu bercakap denganku. Bukan senang nak dapat panggilan daripada orang jauh ni heh.orang mesir. Aku hanya mampu menangis dan kehilangan kata-kata.

Aku mula menaip surat untuk keluar dari Darul Quran. Tapi Allah yang menentukan segalanya. tiba-tiba komputer aku hang. Aku redha. mungkin Allah tak nak bagi aku keluar kot. Aku membiarkan komputer tersebut dan surat untuk keluar aku hanya sempat taip nama aku sahaja.

Di Darul Quran

Aku mula istikarah. Dan aku mendapat istikarah yang positif. Aku mimpi aku bersama-sama dengan roomate aku. Aku mula meminta pandangan daripada Asma Naqibah (exroomate)

"mungkin awak akan duduk di DQ bersame-same dengan Kimah ataupun Keluar bersama-sama dengan Kimah"

Buktinya sekarang ya! Sekali lagi Allah memang Maha Mengetahui. Hakimah masih menetap di DQ bersama-sama denganku dan dia tidak mendapat apa-apa biasiswa.

Aku tahu Allah tahu yang terbaik untuk aku. Dan aku dapat merasakan bahawa Allah mahu aku menetap di DQ. Dan even aku pon tak dapat nak mengisi permohonan Mara. Nak tahu lebih lanjut sila baca entry aku yang lepas (Mara VS DQ)

bukan semua benda yang kita mahu adalah yang terbaik untuk kita.

Allah Berfirman Dalam surah Al Baqarah ayat 216

"Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal itu baik bagi kamu, dan boleh jadi  kamu menyukai sesuatu padahal itu tidak baik bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui"


Berdoalah kepadanya supaya berikan sesuatu yang terbaik untuk kita..wallahua'lam

No comments:

Post a Comment